window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BYD akan pasang EV CKD di Malaysia menerusi CSH Alliance

Mersita ยท May 13, 2022 05:00 PM

BYD akan pasang EV CKD di Malaysia menerusi CSH Alliance 01

Unit Singapura ditunjukkan

Revolusi kenderaan elektrik (EV) di Malaysia masih tidak setanding dengan negara-negara jiran. Namun, kemajuan EV di negara kita mungkin akan bergerak lebih pantas dengan usaha CSH Alliance Bhd yang sedang dalam proses pembelian tiga plot tanah pengindustrian di Tanjung Malim, Perak bagi projek pemasangan tempatan (CKD) van elektrik BYD T3.

BYD akan pasang EV CKD di Malaysia menerusi CSH Alliance 02

Unit Singapura ditunjukkan

Subsidiari CSH Alliance, Alliance EV Sdn Bhd (AEV) telah dilantik sebagai pengedar bagi van elektrik komersial BYD pada 1 April 2022. Syarikat itu bercadang untuk membeli tanah seluas 55 ekar di Tanjung Malim berkenaan secara tunai dengan harga RM 12 juta.

BYD akan pasang EV CKD di Malaysia menerusi CSH Alliance 03

Unit Singapura ditunjukkan

Menurut Bursa Malaysia, CSH berkata AEV ini telah menandatangani perjanjian jual beli bersama Medium Visa Sdn Bhd dan Harapan Iringan Sdn Bhd bagi pengambilalihan ini. AEV telah berganding bahu dengan BYD Malaysia Sdn Bhd, subsidiari BYD Group bagi mengedar dan memasarkan BYD T3.

Juga baca: Bas elektrik Rapid KL jalankan percubaan 3 bulan di laluan terpilih. Nak cuba?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BYD akan pasang EV CKD di Malaysia menerusi CSH Alliance 01

Unit Singapura ditunjukkan

Van elektrik T3 mungkin akan menjadi van elektrik CKD pertama dipasang oleh AEV dan ia digambarkan sebagai kenderaan logistic elektrik sepenuhnya dengan penggunaan tenaga rendah serta prestasi tinggi. Ia dikuasakan oleh motor segerak magnet kekal AC yang menjana 134 PS/180 Nm dengan kelajuan puncak 100 km/j.

BYD akan pasang EV CKD di Malaysia menerusi CSH Alliance 02

Motor in dicas oleh bateri NCM litium-ion BYD 50.3 kWh dan boleh mencapai jarak tempuh sehingga 300 km dengan satu cas. Pengecasan AC pada 6.6 kW mengambil masa 7.6 jam dari 0-100%, manakala pengecasan DC pada 40 kW mengambil masa 1.3 jam.

 

BYD akan pasang EV CKD di Malaysia menerusi CSH Alliance 03

BYD T3 menunggu untuk dihantar ke Hong Kong

Menurut kenyataan Pengarah Eksekutif CSH, Peter Yap, “Pembelian tanah ini juga merupakan sebahagian daripada usaha strategik AEV dalam mematuhi syarat MITI untuk pemilikan CBU (completely built-up), CKD dan kilang pemasangan tempatan dalam sektor pembuatan kereta. Kami sedang menyiapkan syarat ini terlebih dahulu,” jelasnya.

Juga baca: Proton SAHKAN pelan untuk kereta hibrid & elektrik, EV di Malaysia bawah RM 100k tak mustahil

BYD akan pasang EV CKD di Malaysia menerusi CSH Alliance 04

Unit Singapura ditunjukkan

CSH juga berkata yang pembelian tanah ini akan membolehkan permulaan dan juga membolehkan pertumbuhan dalam perniagaan EV selain menyempurnakan perniagaan khidmat kewangannya. Kumpulan itu mungkin akan menawarkan skim-skim kewangan fleksibel kepada syarikat-syarikat pengangkutan dan logistik bagi membiayai pembelian EV ini dan/atau modal perniagaan.

BYD akan pasang EV CKD di Malaysia menerusi CSH Alliance 05

Segmen van elektrik di Malaysia amat unik dan kecil dengan hanya satu model dijual di pasaran setakat ini, iaitu CAM EC35 (harga bermula dari RM 130,000).

Van elektrik ini menjana 80 PS/200 Nm dan dikuasakan oleh bateri fosfat litium-ion 38.7 kWh dengan kitaran WLTP berkadar 268 km. Pengecasan AC pada 6.6 kW memakan masa 8 jam (0-100%), manakala pengecas DC pada 40 kW mengambil masa 2.5 jam untuk mencapai cas penuh.

Juga baca: Daripada RM 130k, van EV pertama Malaysia ialah CAM EC35; 80 PS/200 Nm, jarak 268 km

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia