window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton SAHKAN pelan untuk kereta hibrid & elektrik, EV di Malaysia bawah RM 100k tak mustahil

Faisal · Nov 16, 2021 10:00 AM

Proton SAHKAN pelan untuk kereta hibrid & elektrik, EV di Malaysia bawah RM 100k tak mustahil 01

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd (PESB), Encik Roslan Abdullah baru-baru ini memberitahu StarBizWeek bahawa Proton mempunyai rancangan untuk mengeluarkan kereta hibrid, hibrid plug-in (PHEV) dan kereta elektrik (EV).

Dalam pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini, beliau sebenarnya cukup menghargai insentif cukai yang kerajaan beri buat kenderaan EV. Katanya, “Proton ada perancangan yang rapi buat model hibrid, hibrid plug-in dan EV dan insentif yang terbaru ini cukup selari dengan hasrat kami.”

Juga bacaBajet 2022 – kereta EV: 0% cukai import, eksais & road tax, RM 2.5k rebat untuk cukai pendapatan

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton SAHKAN pelan untuk kereta hibrid & elektrik, EV di Malaysia bawah RM 100k tak mustahil 01

Di China, Geely baru sahaja merasmikan versi PHEV untuk Geely Binyue facelift 2021 (kembar Proton X50) yang mana ia dikenal sebagai Binyue 1.5T ePro. SUV ini dikuasakan oleh enjin 1.5L 3 silinder turbo beserta unsur elektrifikasi yang menghasilkan output sebanyak 258 PS dan 415 Nm tork. Menariknya, model ini mungkin menjadi asas kepada Proton X50 PHEV di Malaysia kelak.

Juga bacaPotensi Proton X50 dengan hibrid? Geely lancar Geely Binyue PHEV di China!

Proton SAHKAN pelan untuk kereta hibrid & elektrik, EV di Malaysia bawah RM 100k tak mustahil 02

Untuk makluman anda, Geely juga ada versi PHEV untuk MPV Jiaji, sedan Borui GE dan SUV Xingyue. Mengenai EV pula, Geely ada jenama premium seperti Zeekr yang mana ia dikira sebagai sepupu teknikal kepada Lynk & Co.

Juga bacaKereta elektrik premium Geely, “Zeekr” rancang saingi Tesla

Proton SAHKAN pelan untuk kereta hibrid & elektrik, EV di Malaysia bawah RM 100k tak mustahil 03

Bercakap mengenai Lynk & Co, Geely sendiri telah mengesahkan bahawa ia akan tembus pasaran Malaysia menjelang tahun 2025. Malah, kilang Proton di Tanjung Malim juga akan menjadi hab produksi buat model pandu belah kanan (RHD) mereka. Buat masa ini, model Lynk & Co hanya ditawarkan dengan versi pandu belah kiri (LHD).

Juga bacaGeely mengesahkan Lynk & Co akan dilancarkan di Malaysia menjelang 2025 - Awas Honda, Toyota!

Proton SAHKAN pelan untuk kereta hibrid & elektrik, EV di Malaysia bawah RM 100k tak mustahil 04

Sementara itu, jenama EV lain kepunyaan Geely, Geometry, yang mana ia sering diutarakan sebagai EV mampu milik kini mempunyai model Geometry A, Geometry C dan Geometry EX3. Ketiga-tiga EV ini diasaskan oleh model Geely yang berenjin pembakaran dalaman.

Untuk pengetahuan anda, EV paling mampu milik iaitu Geometry EX3 berharga pada 59,700 CNY (~RM 39k).

Proton SAHKAN pelan untuk kereta hibrid & elektrik, EV di Malaysia bawah RM 100k tak mustahil 05

Kembali ke Malaysia, Roslan sempat mengulas bahawa sektor EV negara perlu dipertingkatkan dengan ketara kerana infrastruktur seperti tempat mengecas masih agak kekurangan dalam menampung gelombang kenderaan elektrik yang bakal tiba.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia