Selepas lebih setahun membuat debut di pasaran tempatan, 'Supermoped' hangat Yamaha Y16ZR akhirnya diberikan kemas kini kosmetik untuk versi 2022.
Kemas kini yang diberikan oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) itu adalah membabitkan pilihan warna baharu yang katanya lebih menarik, segar dan eksklusif.
Juga baca: Yamaha Y16ZR 2021 tiba di Malaysia - model baharu, 155 cc, harga RM 10,888!
Tiga pilihan warna baharu itu adalah:
Tetapi selaras dengan kemas kini yang dibuat, perubahan turut berlaku di bahagian angka harga.
Ketika dilancarkan, Yamaha Y16ZR dijual pada harga RM 10,888 (asas) dan harga baharunya kini adalah RM 11,118 (asas) yang bermakna tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.
Juga baca: Yamaha Y16ZR Doxou Edition eksklusif di Malaysia, terhad 5,000 unit, harga RM 11.7k!
Mengulas ringkas trenkuasa Yamaha Y16ZR, ia menggunakan enjin bersesaran 155 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC dengan teknologi VVA yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.
Kuasa yang dihamburkan adalah 17.7 Hp pada 9,500 rpm dan tork 14.4 Nm pada 8,000 rpm.
Seperti biasa, setiap pembelian akan menerima kunci keselamatan cakera eksklusif Yamaha bernilai RM 100. Kepada yang berminat, Yamaha Y16ZR 2022 dengan warna baharu sudah berada di rangkaian pengedar Yamaha seluruh Malaysia hari ini.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}