window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha Y16ZR Edisi World GP 60th Anniversary lancar di Malaysia, terhad 5,000 unit, harga asas RM 11.7k!

Khairil ยท Apr 8, 2022 10:32 PM

Yamaha Y16ZR Edisi World GP 60th Anniversary lancar di Malaysia, terhad 5,000 unit, harga asas RM 11.7k! 01

Selepas edisi istimewa Doxou, 'Super moped' handalan Yamaha Y16ZR kini tampil dengan satu lagi varian menarik iaitu edisi World GP 60th Anniversary yang sememangnya dinanti-nantikan di pasaran tempatan.

Sebagai varian edisi terhad, hanya 5,000 unit Yamaha Y16ZR edisi World GP 60th Anniversary dihasilkan secara eksklusif oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM).

Juga baca: Yamaha Y16ZR 2021 tiba di Malaysia - model baharu, 155 cc, harga RM 10,888!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha Y16ZR Edisi World GP 60th Anniversary lancar di Malaysia, terhad 5,000 unit, harga asas RM 11.7k! 01

Dan seperti edisi istimewa Doxou, harga yang ditawarkan bagi edisi untuk memperingati perjalanan Yamaha dalam kempen perlumbaan Grand Prix (GP) itu adalah RM 11, 688.

Harga yang dinyatakan adalah asas tidak termasuk insuran dan yuran pendaftaran. Sebagai perbandingan, model Y16ZR 2021 ketika dilancarkan, Mac tahun lalu ditawarkan pada harga RM 10,888.

Yamaha Y16ZR Edisi World GP 60th Anniversary lancar di Malaysia, terhad 5,000 unit, harga asas RM 11.7k! 02

Lebih istimewa, setiap pembelian didatangkan dengan kotak set yang mengandungi sijil penghargaan, tumbler premium World GP 60th Anniversary, pin edisi istimewa dan rantai kunci premium.

Dicipta untuk memperingati kehadiran Yamaha dalam kancah perlumbaan GP dunia, varian istimewa World GP 60th Anniversary tampil dengan skema warna ikonik Yamaha iaitu putih dan merah.

Juga baca: Yamaha 'YSuku' edisi World Grand Prix 60th Anniversary di seberang, 'cun' kalau tiba di Malaysia!

Yamaha Y16ZR Edisi World GP 60th Anniversary lancar di Malaysia, terhad 5,000 unit, harga asas RM 11.7k! 03

Kelainan menarik lain adalah penggunaan rim berwarna emas bersama lencana 60th Anniversary.

Pelbagai model diberikan 'trim' sama di seluruh dunia dengan Indonesia berkemungkinan menjadi negara terbanyak memperoleh edisi berkenaan dengan Yamaha Exciter 155 VVA di Vietnam turut memperoleh varian sama.

Yamaha Y16ZR Edisi World GP 60th Anniversary lancar di Malaysia, terhad 5,000 unit, harga asas RM 11.7k! 04

Tiada perbezaan dari sudut spesifikasi trenkuasa. Seperti model Y16ZR standard, ia menggunakan enjin 155 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA).

Ia kemudian digandingkan dengan kotak gear 6 kelajuan klac manual dengan kuasa dihamburkan adalah 17.7 Hp pada 9,500 rpm dan tork 14.4 Nm pada 8,000 rpm. Ciri-ciri menarik lain termasuklah penggunaan klac Assist & Slipper.

Juga baca: Yamaha Y15ZR 2022, kemas kini kosmetik, warna, grafik terkini, harga asas meningkat RM 8.5k!

Yamaha Y16ZR Edisi World GP 60th Anniversary lancar di Malaysia, terhad 5,000 unit, harga asas RM 11.7k! 05

Untuk yang mahukan lebih gaya, pelbagai siri pakaian World GP 60th Anniversary turut boleh dibeli di kedai dalam talian Genblu Online Shop.

Kepada yang berminat, Yamaha Y16ZR World GP 60th Anniversary Edition boleh mula didapati di cawangan pengadar sah HLYM di seluruh negara bermula hari ini.

Yamaha Y16ZR Edisi World GP 60th Anniversary lancar di Malaysia, terhad 5,000 unit, harga asas RM 11.7k! 06

Jaminan yang ditawarkan pula adalah 20,000 km perbatuan atau 2 tahun (mana tiba dahulu) dan setiap pembelian akan menerima kunci cakera keselamatan Yamaha.

Juga baca: Yamaha 135LC Fi 2022 buat penampilan rasmi, eksklusif di Malaysia, harga asas bermula RM 7.8k!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda