Used Cars
Tips to help you select the best used car
90
Nampak gayanya langkah kerajaan dalam memperkenalkan inisiatif pengecualian cukai jualan bagi kereta CKD yang berlangsung dari 15 Jun hingga 31 Disember 2020 memberi impak yang agak besar terhadap corak perbelanjaan rakyat Malaysia.
Menurut laporan The Edge, jumlah yang dibelanjakan rakyat Malaysia secara domestik menggunakan kad kredit meningkat hampir sekali ganda - RM 10.205 bilion pada bulan Julai tahun ini berbanding RM 5.3 bilion pada bulan April. Kadar ini menunjukkan yang perbelanjaan kad kredit hampir sama dengan kadar sebelum pandemik COVID-19.
Di samping pembelian barang keperluan harian dan pembelian atas talian, Maybank mengatakan yang perbelanjaan kad kredit meningkat sejak April tahun ini dan melantun semula ke tahap pra-PKP bagi beberapa kategori pembelian – paling ketara sekali di segmen automotif.
Maybank berpendapat yang peningkatan pembelian kereta besar kemungkinannya disebabkan oleh pelanggan yang merebut peluang pengecualian cukai jualan SST bagi kenderaan CKD dibawah inisiatif PENJANA yang diperkenalkan kerajaan.
Mereka juga mengesan sedikit peningkatan dalam ansuran Ezypay bagi item berkos tinggi kerana ia membantu konsumer dalam perancangan kewangan mereka, tambah mereka lagi.
Kami rumuskan yang ramai pembeli kereta membuat bayaran pendahuluan atau ‘downpayment’ kereta mereka menggunakan kad kredit. Sebagai contoh, Proton Saga 2019 Premium AT 1.3L berharga RM 39,800, dan setelah dikecualikan cukai harganya turun kepada RM 39,300. Bayaran pendahuluan 10 peratus sebanyak RM 3,930 boleh dibayar dengan mudah menggunakan kad kredit setelah permohonan pinjaman anda diluluskan.
Yang penting, pastikan anda berbelanja dengan bijak dan sentiasa berhemat dalam pembelian anda. Tinggal tiga bulan lagi untuk anda nikmati penjimatan dari pengecualian cukai jualan kereta. Apa kata kita lihat semula senarai kereta-kereta CKD yang berbaloi dibeli pada musim cuti cukai ini!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
7