Kebaikan dan Keburukan: Ford Ranger Wildtrak, trak gaya hidup terbaik di Malaysia?

Kebaikan Ford Ranger Wildtrak

1. Reka bentuk yang bergaya dan macho

Memang tidak dinafikan, tarikan utama Ranger Wildtrak ini dalah rupanya yang bergaya dan macho. Ia dilengkapi dengan rangkaian alat tambahan kosmetik seperti gril radiator Wildtrak di bahagian depan, lampu depan dan kabus LED, tempat pemijak sisi yang berkilat, underguard bewarna perak, rim 18 inci, rel bumbung di sekitar sisi, dan sport bar di atas tempat cabin trak dengan lampu LED di bahagian belakang.

2. Kabin yang senyap

Pada kelajuan 110 km/j, tahap kebisingan kabin hanya pada 63 dB, lebih senyap berbanding banyak kereta dari segmen C.

Ford menggunakan banyak bahan penebat kebisingan di keseluruhan kereta (segel getah banyak dijumpai di antara fender depan dan di sekitar bingkai pintu), dimana bunyi enjin diesel hampir tidak dapat didengar di dalam kabin.

Dalam keadaan statik, Ranger Wildtrak merekodkan tahap kesenyapan sebanyak 43 dB walaupun penyaman udara dihidupkan.

3. Trenkuasa paling padu dalam kelasnya

Dengan 213 PS dan 500 Nm tork yang paling berkuasa dalam kelasnya, tiada keraguan tentang prestasinya. Gabungkan ini dengan transmisi automatik 10 kelajuan (juga terbaik dalam kelasnya, malah segmen lain juga), pemandu perlu berjaga-jaga. Bukan apa, natang ni laju!

Ujian kami sendiri menunjukkan masa 0-100 km/j dalam 9.8 saat. 0-100-0 km/j pula mengambil masa sebanyak 14.4 saat.

 

4. Jimat minyak

Setelah memandu hampir 200 km dengan gabungan pemanduan di bandar dan lebuh raya, Ranger WildTrak rata-rata menggunakan sekitar 9.4 liter/100 km.

Di lebuh raya sahaja, penggunaan minyak turun hingga 8 liter/100 km dan naik sedikit ke bawah 10 liter/100 km di bandar. Memang jimat minyak.

5. Kualiti audio yang padu

Bahagian terbaik mengenai kabin Ranger WildTrak adalah sistem audionya yang lebih baik daripada banyak kereta sedan dan SUV. Ini adalah trak yang diinginkan oleh rakan-rakan anda yang suka karaoke. Reproduksi suara jelas dan tajam. Malah, ia menyokong Android Auto dan Apple CarPlay!

6. Ciri keselamatan yang komprehensif

Dengan 6 beg udara, brek kecemasan autonomi (AEB), bantuan lorong (LKA), amaran pelanggaran ke depan (FCW) dan kawalan pelayaran adaptif (ACC), Ranger WildTrak dilengkapi dengan sistem ADAS yang jauh lebih baik daripada banyak SUV dan sedan lain. Ranger Raptor pun kalah dengan Wildtrak ni!

Jika anda inginkan lagi ketenangan jiwa, Ford Ranger mempunyai penilaian lima bintang di ASEAN NCAP (dan ANCAP).

7. Kemasan interior premium

Sama seperti bahagian luarnya, bahagian interior Ranger WildTrak menetapkan standard yang tinggi untuk trak pikap, jauh lebih baik daripada banyak kereta sedan dan SUV. Hiasan plastik bertema WildTrak yang berkilat, jahitan warna kontra pada tempat duduk kulit dan papan pemuka yang dibalut kulit menaikkan seri di dalam kabin.

Speedometer analog panel instrumen ini diapit oleh sepasang paparan pelbagai maklumat LCD berwarna, memberikan rasa seperti jam tangan Casio G-Shock.

8. Kualiti pembinaan yang konsisten dan baik

Jurang panel di sekitar kereta menyimpang tidak lebih dari 0.5 mm secara purata. Ketebalan cat pula berada sekitar 90+ mikrometer.

9. Pengalaman pemanduan yang menarik

Stereng elektriknya mempunyai berat yang agak seimbang, tetapi dengan gearing nisbah tinggi 3-turn-to-lock gaya off-road, anda tidak mahu mengejar Golf GTI di jalan berliku dengan ini. Ia sangat sesuai untuk pemanduan rallycross (terserlah DNA trak Ford) walaupun ia direka lebih untuk gaya hidup urban.

Radius pusingan stereng agak rapat, dan ini sebenarnya memudahkan anda untuk parkir. Terdapat juga ciri-ciri tempat letak kenderaan selari automatic dimana Ranger adalah trak pertama dan satu-satu yang mempunyai ciri tersebut. Komputer mengawal stereng dan anda hanya mengawal pendikit minyak, brek, dan memilih gear.

10. Selesa dan sedap bagi penumpang

Walaupun ia menggunakan ladder-frame (dimana anda akan merasa gegaran sementara ketika anda melanggar lubang), anda tidak perlu risau tentang apa saja jenis jalan yang bakal ditempuhi. Talaan suspensi Ranger Wildtrak cukup baik dan selesa untuk kegunaan bandar. Ini adalah trak yang anda boleh memandu dari KL ke Pulau Pinang dengan selesa.

Tempat duduk belakang juga cukup selesa, dengan kecenderungan 12 darjah yang jauh lebih baik murah daripada kebanyakkan trak di pasaran.

Keburukan Ford Ranger Wildtrak

1. Panjang dan lebar

Ranger Wildtrak ini sebenarnya agak panjang dan lebar. Dah lah tinggi, jadi anda mungkin akan sedikit kekok pada mana yang tak biasa dengan memandu trak. Tambahan pula, jika anda tinggal di tempat yang sempit dan rendah, ia akan menjadi masalah untuk parkir trak and aini.

2. Tiada kamera 360°

Memandangkan ia lebih besar daripada trak pesaing yang lain, mempunyai kamera 360° sangat membantu. Ia sedikit mencabar ketika melalui tanjakan (ramp) tempat letak kereta bertingkat dimana pemandu perlulah mempunyai tahap anggaran dan kawalan yang tepat.

3. Boleh rasa beratnya ketika mengambil selekoh

Ketika memandu Ranger Wildtrak ini, anda boleh rasakan beratnya. Walaupun ia ada 213 PS dan 500 Nm, anda perlu berhati-hati ketika mengambil selekoh. Pandulah ia seperti sebuah trak dan bukan sedan ataupun SUV, dan anda akan selamat.

4. Butang gear manual di posisi yang pelik

Posisi butang gear manual agak janggal dan pelik untuk digunakan kerana ia berada di sisi tombol gear. Patut buat aje slot tambahan di tepi tombol gear dimana anda boleh menukar gear dengan menggerakkanya ke atas dan kebawah.

Ranger Raptor mempunyai paddle shifters yang jauh lebih sesuai dan sedap untuk digunakan berbanding Wildtrak.

5. Tidak banyak pusat servis berbanding jenama Jepun

Jika anda tinggal di Sabah dan Sarawak dimana ia dipelopori oleh Toyota Hilux dan trak jenama Jepun yang lain, tidak ada banyak pusat servis rasmi Ford di sana. Alat ganti juga sedikit mahal berbanding trak pikap Jepun.

Konklusi – memang mantap dari pelbagai aspek

Dengan tahap ciri, kelengkapan, prestasi dan tahap keselesaan yang tinggi, tidak diragukan lagi bahawa ia adalah trak gaya hidup terbaik – jika anda boleh hidup dengan saiznya yang besar.

Sebagai bonus, Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar kenderaan Ford di Malaysia, kini menawarkan promosi rebat tunai sehingga RM 7,000 ataupun penyelengaraan percuma selama dua tahun jika anda membeli Ford Ranger pada tahun ini. Promosi ini sah sehingga 31 Disember 2020.

Baca juga: Tiga trak pikap paling berbaloi di Malaysia! Mana satu pilihan anda?

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys d...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Ford Ranger

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2021 Ford Ranger WildTrak Sport 2.0 Bi-Turbo in Malaysia, Check out What's New!

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Ford Ranger
Cek Lebih