Car Tips
Preparing for a rainy day
223
UMW Toyota Motor hari ini memanggil semula beberapa pemilik kenderaan dalam program Special Service Campaign (SSC). Program ini adalah untuk menggantikan pam bahan api untuk 10,350 unit kenderaan yang terkesan dari bulan Julai 2017 hingga Julai 2019.
Untuk makluman, sebanyak 9,500 unit yang terlibat terdiri daripada Toyota Alphard, Vellfire, Camry, Corolla Altis, Fortuner, Innova, CH-R dan Harrier. Pada masa yang sama, panggilan ini melibatkan 850 unit Lexus yang terdiri daripada model ES250, GS200t, GS350, IS200t, LC500, LS500, LX570, NX300, RX300, dan RX350.
Kempen yang dijalankan ini bertujuan untuk menghindari pemilik daripada mengalami masalah kegagalan pam bahan api. Hal ini boleh mengakibatkan kenderaan kehilangan kuasa. Walau apapun, kos penukaran komponen ini adalah percuma. Pemilik hanya perlu menghantar kenderaan mereka ke pusat servis rasmi Toyota dan Lexus.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi pusat servis rasmi yang berdekatan atau hubungi terus ke Toyota Freephone pada 1800-8-TOYOTA (869682).
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
0