Mendahului Malaysia, GWM Ora Goodcat menjadi kenderaan elektrik bateri pertama (CKD) di Thailand dengan bateri buatan Thailand

Model Ora Good Cat yang unik telah menjadi kenderaan elektrik bateri (BEV) yang dipasang tempatan pertama di Thailand; dikeluarkan dari kilang Rayong GWM, fasiliti pengeluaran kedua terbesar syarikat ini di luar China.

Michael Zhang, Naib Presiden ASEAN, Jenama & Komunikasi berkata di halaman LinkedInnya, "GWM mengadakan Upacara Pengeluaran Barisan GWM Ora Good Cat yang Pertama, satu tonggak baru yang menunjukkan keupayaan syarikat ini untuk pengeluaran GWM Ora Good Cat baru dari barisan pengeluaran tempatan. BEV pertama yang dikeluarkan secara besar-besaran di Thailand ini menjadikan GWM jenama automotif pertama dengan keupayaan pengeluaran xEV penuh dari HEV, PHEV hingga BEV di Thailand."

Menggantikan model buatan China (CBU) yang diperkenalkan pertama kali di Thailand pada Jun 2022, semua varian CKD Ora Goodcat kini mendapat bateri fosfat besi lithium (LFP) tunggal berkapasiti 57.7 kWh yang bekalan baterinya kini disediakan oleh anak syarikat pengeluaran bateri GWM, SVolt Energy Technology.

Bateri SVolt buatan Thailand yang dihasilkan di Chonburi akan menggantikan bateri CATL sebelum ini dalam model Goodcat yang diimport sepenuhnya, yang mempunyai bateri berkapasiti 47.8 kWh dalam varian Tech (yang sudah dihentikan) dan Pro, dan bateri berkapasiti 63.1 kWh dalam varian Ultra dan GT.

Hasilnya, jarak pemanduan kini adalah 480 km dalam varian Pro dan Ultra serta 460 km dalam varian GT, mengikut piawai NEDC masing-masing.

Baca juga: 11 buah GWM Ora Good Cat berjaya konvoi merentasi 15 bandar di 3 negara, Bangkok - KL - Singapura

Apa-apapun, penawaran varian dan spesifikasi kekal tidak berubah. Harga bermula dari THB 799,000 (~RM 106,000) untuk varian Pro dan Ultra 143 PS/210 Nm manakala varian GT 171 PS/250 Nm dijual pada harga THB 1.099 juta (~RM 146,000), termasuk subsidi kerajaan Thailand terkini (EV3.5) yang sah sehingga 2027 untuk kenderaan EV CKD.

Di Malaysia, GWM Malaysia telah melantik kilang EP Manufacturing (EPMB) di Melaka sebagai pengeluar kontraknya. Kilang berkapasiti 30,000 unit setahun ini dirancang untuk memulakan operasi pada tahun depan.

Pengumuman GWM Malaysia tidak menyatakan sama ada model CKD bakal merangkumi penghasilan Ora Good Cat, satu-satunya model yang mereka jual pada masa ini. Pengumuman GWM hanya menyebut, "Jangkakan penawaran  model yang menonjol seperti SUV GWM, pikap, dan kenderaan elektrik inovatif."

Ora Good Cat yang diimport dari China kini dijual dengan harga RM 140,500 untuk varian 400 Pro dan RM 170,500 untuk varian 500 Ultra.

Baca juga: Model CKD GWM Malaysia SAH untuk 2024! - Haval H6 & Haval Jolion termasuk, Ora Good Cat tiada

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys d...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

ORA GOOD CAT

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2023 ORA GOOD CAT Review in Malaysia, How’s This for Your First EV?

Kata Anthony Loke dalam sidang media selepas menyampaikan amanat 2024 buat Kementerian Pengangkutan pada minggu lepas, tiada lagi majlis pelancaran kempen keselamatan jalan raya untuk setiap musim perayaan. Beliau menegaskan bahawa keputusan itu diambil untuk menjimatkan kos penganjuran yang menelan belanja RM 100,000 – RM 200,000 bagi setiap majlis. Maklum beliau lagi, “Namun, jika ada syarikat swasta hendak membuat kempen, itu terpulang kepada mereka. Yang saya hentikan adalah bajet kementeria
Trak pikap yang menerima banyak pengiktirafan, Isuzu D-Max meneruskan pertumbuhan mengagumkan melalui rekod jualan memberangsangkan pada 2023 dengan mengatasi angka 9,211 unit yang dijual pada 2022, melibatkan pertambahan jualan sebanyak 439 unit. Rekod baru dengan jualan 9,650 unit bagi tahun lalu menjadi bukti kepada keberhasilan rekaan dan ciri yang ditawarkan oleh trak pikap berkenaan, yang telah mengubah pasaran dan meraih lebih banyak penggemarnya. Dengan rekod jualan dua tahun berturut-tu
Ban Lee Heng Motor, salah satu pengedar Honda yang paling berprestij di Malaysia kini memperluaskan perniagaannya untuk merangkumi trak pikap 4x4. Untuk makluman anda, Ban Lee Heng Motor (Nilai) Sdn Bhd adalah pusat 3S pertama Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) di Nilai dan ia merupakan cawangan ke-59 Mitsubishi di negara ini. Kemudahan seluas 6,400 kaki persegi ini terletak di sepanjang jalan utama Persiaran Korporat, di Lot 27447, Jalan BBN 5/1a, Bandar Nilai Utama, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Pada tahun 2003, Proton Saga 1.3S (Iswara) mempunyai harga permulaan RM 40,216, dan hanya tersedia dengan transmisi manual. Dalam jangka masa 20 tahun tersebut, harga kereta, seperti hampir semua barang lain di Malaysia, telah meningkat secara ketara. Toyota Vios pada tahun 2003 bermula dengan harga RM 73,599. Honda City termurah dijual pada harga RM 79,295. Hari ini, Toyota Vios 2023 bermula pada harga RM 89,600 manakala Honda City bermula dengan harga RM 84,900. Semestinya, kereta hari ini jug
Dalam episod POV dari WapCar BM kali ini, kita merungkai 7 sebab kenapa Kia Carnival sekarang ini begitu laris di pasaran Malaysia. Sebut sahaja MPV kelas pertama, anda pasti akan terus ingat nama seperti Toyota Alphard/Vellfire. Namun tahukah anda bahawa Kia Carnival sejak tahun lepas berjaya merampas ramai pelanggan daripada membeli MPV terkenal tersebut? Jadi, di sini, kita akan bercerita apa faktor yang membuatkan Kia Carnival dapat mencuri hati pelanggan. Antaranya sebabnya adalah seperti k

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

ORA GOOD CAT
Cek Lebih