window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshots: Nissan X-Trail (T33) 2024 dikesan di Thailand, varian hibrid AWD e-4ORCE sahaja?

Zamil Syaheer · Jan 11, 2024 11:00 AM

Spyshots: Nissan X-Trail (T33) 2024 dikesan di Thailand, varian hibrid AWD e-4ORCE sahaja? 01

Kredit: Rattapong Charat

Malaysia merupakan salah satu dari beberapa negara yang masih menawarkan Nissan X-Trail generasi ketiga (T32) sementara pasaran lain menawarkan generasinya yang seterusnya, iaitu T33 generasi keempat. Walaupun T33 membuat kemunculan pertamanya di Amerika Utara pada tahun 2020 sebagai Nissan Rogue, penjualan global bermula setahun kemudian.

Spyshots: Nissan X-Trail (T33) 2024 dikesan di Thailand, varian hibrid AWD e-4ORCE sahaja? 02

Nissan Indonesia masih lagi menjual X-Trail T32 di laman web rasmi

Selain Malaysia, dua pasaran automotif terbesar di Asia Tenggara juga belum melihat kedatangan rasmi X-Trail yang baru ke pasaran mereka. Selepas penutupan kilang Nissan di Indonesia pada tahun 2020, T32 yang sudah lama berkhidmat diimport dari Jepun, manakala jualan untuk pasaran Thailand telah dihentikan pada tahun yang sama.

Spyshots: Nissan X-Trail (T33) 2024 dikesan di Thailand, varian hibrid AWD e-4ORCE sahaja? 03

X-Trail untuk pasaran Singapura

Sejak itu, berita mengenai T33 di Thailand telah senyap, sehinggalah baru-baru ini apabila pengguna media sosial melihat beberapa unit dimuatkan dalam pengangkut kereta. Imej ini telah dimuat naik dalam kumpulan Facebook Nissan KICKS e-POWER Club (Thailand). Terdapat pelbagai jenis ulasan serta spekulasi tentang kembalinya X-Trail di pasaran sana.

Spyshots: Nissan X-Trail (T33) 2024 dikesan di Thailand, varian hibrid AWD e-4ORCE sahaja? 04

Nampak tak lambang e-Power di but belakang? (Kredit: Rattapong Charat)

Ada yang mengatakan unit ini dibawa dari Jepun, sementara yang lain mengesyaki unit ini mungkin hanya untuk eksport. Kemungkinan yang terakhir sangat tidak mungkin kerana T33 X-Trail tidak pernah dipasang tempatan (CKD) di Thailand selepas penghentian model T32.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jika dilihat dengan teliti, terdapat lambang e-Power di pintu belakang yang mungkin bermaksud ada kemungkinan hanya varian hibrid sahaja yang ditawarkan untuk X-Trail di Thailand.

Baca juga: 17 foto Nissan X-Trail baharu di Singapore Motor Show 2023, enjin 3-silinder 1.5 liter turbocaj hibrid!

Spyshots: Nissan X-Trail (T33) 2024 dikesan di Thailand, varian hibrid AWD e-4ORCE sahaja? 01

X-Trail untuk pasaran Singapura. Anda boleh melihat kedua-dua lambang di but belakang

Di peringkat serantau, T33 X-Trail boleh didapati di Singapura di mana ia hanya ditawarkan dengan satu sistem penggerak, iaitu hibrid siri 1.5 liter e-Power. Enjin turbo 1.5 liter 3-silinder (144 PS/250 Nm) berfungsi sebagai penghasil kuasa untuk mengecas bateri 1.8 kWh yang menghantar kuasa kepada kedua-dua motor elektrik hadapan (204 PS/330 Nm) dan belakang (136 PS/195 Nm) melalui sistem penggerak semua roda (AWD) e-4ORCE.

Sementara itu, pejabat cukai Indonesia sebelum ini memberi petunjuk tentang kedatangan X-Trail e-Power di kepulauan tersebut dalam versi FWD dan 4WD. Sejak itu, tidak ada berita rasmi mengenai pelancaran T33 di Indonesia.

Baca juga: Nissan X-Trail baharu (generasi T33) kini berharga 10 peratus lebih mahal, bersediakah anda?

Spyshots: Nissan X-Trail (T33) 2024 dikesan di Thailand, varian hibrid AWD e-4ORCE sahaja? 02

Jika pelancaran di Thailand hampir, mungkinkah kita akan melihatnya tiba di Malaysia juga, dan adakah sudah terlalu lewat? T32 X-Trail yang lama masih dijual di sini, di mana ia dipasang tempatan (CKD) di Segambut. Berikut adalah harga (diatas jalan tanpa insurans, Semenanjung Malaysia) dan varian yang ditawarkan:

  • 2.0L 2WD – RM 138,888
  • 2.0L 2WD Mid – RM 151,888
  • 2.0L Hybrid – RM 161,888
  • 2.5L 4WD – RM 163,888

Baca juga: 33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Nissan X-Trail 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda