window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Model CKD GWM Malaysia SAH untuk 2024! - Haval H6 & Haval Jolion termasuk, Ora Good Cat tiada

Faisal ยท Jan 4, 2024 04:00 PM

Model CKD GWM Malaysia SAH untuk 2024! - Haval H6 & Haval Jolion termasuk, Ora Good Cat tiada 01

Berikutan majlis menandatangani MoU yang dibuat pada Oktober tempoh hari, Great Wall Motor Sales Malaysia (GWM Malaysia) dan subsidiari EP Manufacturing Berhad (EPMB) iaitu PEPS-JV Melaka (PJVM) kini sudah mencapai persetujuan bersama. Ini bermakna bahawa Haval H6 dan Haval Jolion akan menjadi model GWM pertama yang akan dipasang di Malaysia (CKD).

Untuk makluman anda, perjanjian kontrak pemasangan antara GWM Malaysia dan PJVM adalah untuk 8 tahun. Produksi akan berlangsung di kilang PJVM di Pegoh, Melaka.

Secara teknikal, PJVM memberitahu bahawa kilang tersebut merancang untuk mencapai output tahunan sebanyak 20,000 unit menjelang 2028. Angka tersebut merangkumi volum kontrak pemasangan untuk model Beijing Automotive Group Co Ltd (BAIC).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model CKD GWM Malaysia SAH untuk 2024! - Haval H6 & Haval Jolion termasuk, Ora Good Cat tiada 01

Bagi anda yang belum tahu, Haval H6 adalah SUV di kelas Proton X70. Model yang pernah dipertontonkan di Malaysia sebelum ini hadir dengan nadi 1.5L turbo hibrid yang menghasilkan output sebanyak 243 PS/530 Nm.

Haval Jolion juga sebuah SUV segmen C tetapi ia lebih kepada kelas Honda HR-V. Anda boleh anggap analogi ini seperti Subaru Forester dan Subaru XV di mana kedua-duanya adalah segmen C tetapi diposisikan di spektrum berbeza.

Model CKD GWM Malaysia SAH untuk 2024! - Haval H6 & Haval Jolion termasuk, Ora Good Cat tiada 02

Di Thailand, Haval Jolion ditawarkan dengan pilihan enjin 1.5L jenis turbo (152 PS, 220 Nm) dan hibrid (243 PS, 530 Nm) โ€“ turut digunapakai pada Haval H6 Hybrid.

Juga bacaGWM Haval H6 Hybrid debut awam di Malaysia - SUV 243 PS yang akan tembus pasaran selain Jolion & pikap Cannon

Setakat ini, belum ada sebarang khabar lanjut mengenai pemasangan tempatan untuk trak pikap GWM Cannon mahupun Ora Good Cat di mana EV ini satu-satunya model yang dijual oleh GWM Malaysia setakat ini. Untuk pengetahuan anda, ia diimport (CBU) dari China dan ditawarkan pada harga RM 140,500 (varian 400 Pro) dan RM 170,500 (varian 500 Ultra).

Juga bacaMalaysia buka tempahan GWM Cannon - trak pikap buatan China paling lengkap untuk anda?

Secara umumnya, Malaysia merupakan projek pemasangan kedua GWM di Asia Tenggara. Yang pertama adalah di bekas kilang GM di Rayong, Thailand. Vietnam akan menjadi lokasi ketiga mereka iaitu menjelang 2025.

Juga bacaGreat Wall Motors (GWM) kini di Thailand, CKD Haval H6 2021, termasuk 8 model baru!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Haval H6 Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda