window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Triton 2024 'pulang' di Jepun pada 15 Februari, Pajero ada 'chance' untuk kembali?

Faisal · Jan 3, 2024 10:05 AM

Mitsubishi Triton 2024 'pulang' di Jepun pada 15 Februari, Pajero ada 'chance' untuk kembali? 01

Untuk makluman anda, Mitsubishi Triton 2024 generasi baharu akan menembus pasaran Jepun pada 15 Februari ini. Kali terakhir trak pikap ini ada dalam pasaran sana adalah sekitar 12 tahun lepas.

Mitsubishi Triton 2024 'pulang' di Jepun pada 15 Februari, Pajero ada 'chance' untuk kembali? 02

Menariknya, satu laporan dari terbitan media kereta Jepun yang terkenal iaitu BestCarWeb memberitahu bahawa Pajero generasi baharu mungkin diperkenalkan seawal tahun 2025. Menurut mereka, trend sebelum ini menunjukkan bahawa SUV legenda ini tampil dengan model serba baharu kira-kira 2 tahun selepas Triton generasi baharu diperkenalkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaMitsubishi Triton 2024 yang akan tiba di Malaysia mendapat skor 5 bintang ASEAN NCAP, keputusan impak sisi yang sempurna

Mitsubishi Triton 2024 'pulang' di Jepun pada 15 Februari, Pajero ada 'chance' untuk kembali? 01

Pihak BestCarWeb sendiri dapat mewawancara pasukan pembangunan Mitsubishi dan mereka menjawab dengan berkata, "Kami hendak melihat situasi Triton dahulu dan kami akan cuba mempertimbangkannya secara positif". Jelas mereka lagi, "Kalaulah Pajero kembali, besar kemungkinan ia akan dibangunkan berasaskan Mitsubishi Triton tetapi perbezaan atau keunikannya akan tetap diterapkan".

Mitsubishi Triton 2024 'pulang' di Jepun pada 15 Februari, Pajero ada 'chance' untuk kembali? 02

Pajero Sport generasi semasa di pasaran Thailand.

Untuk makluman anda, Pajero dikenal di Jepun suatu ketika dahulu sebagai Mitsubishi Challenger. Ia berada di kelas lebih atas daripada Outlander dan di Thailand, SUV legenda ini dijual secara rasmi. Tidak cukup dengan itu, jualan di sana juga cukup memberangsangkan.

Jadi, adakah anda teruja mengenai Pajero generasi baru?

Juga bacaMitsubishi Pajero Mini - hanya 3 unit di Malaysia, bekas pesaing Jimny yang paling rapat!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Mitsubishi Outlander Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda