window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Triton 2024 yang akan tiba di Malaysia mendapat skor 5 bintang ASEAN NCAP, keputusan impak sisi yang sempurna

Zamil Syaheer · Dec 6, 2023 11:30 AM

Mitsubishi Triton 2024 yang akan tiba di Malaysia mendapat skor 5 bintang ASEAN NCAP, keputusan impak sisi yang sempurna 01

Program Penilaian Kereta Baru untuk Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) baru sahaja mengeluarkan keputusan ujian untuk Mitsubishi Triton 2024 yang akan tiba di Malaysia, dimana trak pikap ini mendapat penarafan penuh 5 bintang.

Diuji di bawah protokol yang telah diubahsuai untuk tempoh 2021-25 yang menambah kategori keselamatan motosikal, Triton 2024 mencapai skor keseluruhan yang mengagumkan, iaitu sebanyak 74.71 mata. Ia juga merupakan trak pikap pertama yang diuji di bawah penilaian semasa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dengan ini, Triton 2024 yang akan datang dianggap sebagai salah satu kenderaan paling selamat dalam segmennya, dengan prestasi yang mengagumkan dalam ujian baru yang lebih ketat. Pesaing terdekatnya seperti Toyota Hilux dan Isuzu D-Max semuanya diuji mengikut protokol lama 2017-20 yang lebih mudah.

Triton 2024 cemerlang di dalam ujian ASEAN NCAP, mencapai skor penuh 8.00/8.00 dalam ujian impak sisi untuk kriteria Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) sambil mencapai 13.07/16.00 mata dalam ujian impak depan.

Baca juga: 35 gambar tayang 'Beast Mode' Mitsubishi Triton 2024 untuk idaman anda

Mitsubishi Triton 2024 yang akan tiba di Malaysia mendapat skor 5 bintang ASEAN NCAP, keputusan impak sisi yang sempurna 01

Triton 2024 juga menerima markah penuh dalam ujian impak depan dan sisi dalam kriteria Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP).

Unit yang diuji adalah model yang dipasang di Thailand yang juga dijual di Filipina. Bergantung kepada pasaran, Triton 2023 ditawarkan dengan 7 beg udara, ABS, ESC, dan rangkaian Diamond Sense ADAS yang merangkumi:

  • Kawalan pelayaran adaptif (ACC)
  • Mitigasi pra-perlanggaran hadapan (FCM)
  • Amaran titik buta (BSW)
  • Bantuan penukaran lorong (LCA)
  •  Amaran lalu lintas silang belakang (RCTA)

Baca juga: SAH! Mitsubishi Triton serba baharu akan mendapat trenkuasa petrol PHEV (Plug-in Hybrid Electric Vehicle)

Mitsubishi Triton 2024 yang akan tiba di Malaysia mendapat skor 5 bintang ASEAN NCAP, keputusan impak sisi yang sempurna 02

Setelah membuat penampilan sulungnya di Thailand, Triton 2024 telah dijual dengan harga yang bermula dari THB 699,000 hingga THB 1,027,000 (~RM 93k-136k) untuk varian turbodiesel 2.4 liter (184 PS / 430 Nm). Harga masih belum diumumkan untuk versi 150 PS / 330 Nm yang asas dan versi 204 PS / 470 Nm yang paling atas.

Baca juga: Mitsubishi Triton 2024 serba baru didebut global - enjin 2.4L baru, ADAS, perubahan luar dan dalam

Mitsubishi Triton 2024 yang akan tiba di Malaysia mendapat skor 5 bintang ASEAN NCAP, keputusan impak sisi yang sempurna 03

Bagi Malaysia, Triton yang akan datang dijadualkan untuk dilancarkan pada suatu masa dalam suku pertama tahun 2024. Sebagai rangkuman, varian 4x4 Triton Mitsubishi semasa berharga antara RM 109k (VGT MT) hingga RM 155k untuk Triton Athlete versi tertinggi.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda