window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda CX-3 kemaskini 2023 dilancar di Malaysia - dari RM 116k, varian Core di-'upgrade' ke Plus!

Faisal Β· Dec 5, 2023 10:00 AM

Mazda CX-3 kemaskini 2023 dilancar di Malaysia - dari RM 116k, varian Core di-'upgrade' ke Plus! 01

Bermaz Motor sebentar tadi juga melancarkan kemaskini 2023 buat Mazda CX-3.

Secara amnya, penawaran crossover kompak segmen B Mazda kali ini kekal diimport (CBU) dari Thailand tetapi dengan penukaran nama varian daripada Core kepada Plus seperti berikut:

  • 1.5 Plus - RM 115,720 (+RM 7,800, naik dari RM 107,920)
  • 2.0 Plus - RM 126,159 (+RM 7,800 naik dari RM 118,359)
  • 2.0 High - RM 139,159 (+RM 7,600, naik dari RM 131,559)

Mazda CX-3 kemaskini 2023 dilancar di Malaysia - dari RM 116k, varian Core di-'upgrade' ke Plus! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun dengan penambahan harga, Mazda CX-3 kini tampil dengan peningkatan dari segi kelengkapan. Untuk bahagian eksterior, varian 1.5 Plus dan 2.0 Plus kini datang dengan lampu depan jenis LED, DRL LED, pengesan halangan parkir belakang dan lipatan automatik untuk cermin sisi. Varian 2.0 sendiri hadir dengan reka bentuk rim 18 inci baharu.

Mazda CX-3 kemaskini 2023 dilancar di Malaysia - dari RM 116k, varian Core di-'upgrade' ke Plus! 01

Pada bahagian dalam, varian 1.5 Plus dan 2.0 Plus sudah dilengkapi paddle shifter dan sokongan Apple CarPlay jenis tanpa wayar melalui infotainment 8 inci. Varian 2.0 High pula kekal dengan ciri unik seperti pengecas tanpa wayar Qi, lampu belakang jenis LED, bumbung suria dan kamera 360-darjah.

Mazda CX-3 kemaskini 2023 dilancar di Malaysia - dari RM 116k, varian Core di-'upgrade' ke Plus! 02

Dari segi keselamatan, varian permulaan dan pertengahan 1.5 Plus dan 2.0 Plus kini hadir dengan 6 beg udara (meningkat dari 2) dan ADAS i-Activsense yang merangkumi ciri:

  • High Beam Control (HBC)
  • Blind Spot Monitoring (BSM)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Smart City Brake Support (SCBS)

Mazda CX-3 kemaskini 2023 dilancar di Malaysia - dari RM 116k, varian Core di-'upgrade' ke Plus! 03

Secara teknikal, varian 1.5 kekal dengan nadi NA Skyactiv-G yang beroutput 114 PS/149 Nm, manakala varian 2.0 dengan 154 PS/206 Nm. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi automatik 6 kelajuan.

Mazda CX-3 kemaskini 2023 dilancar di Malaysia - dari RM 116k, varian Core di-'upgrade' ke Plus! 04

Untuk yang berminat, Mazda CX-3 kemaskini 2023 ini datang dengan 7 pilihan warna seperti di bawah:

  • Snowflake White Pearl
  • Jet Black
  • Machine Gray
  • Polymetal Gray
  • Soul Red Crystal
  • Platinum Quartz (varian 2.0 High sahaja) 
  • Aero Gray (warna baru)

Setiap pembelian lengkap dengan waranti dan penyelenggaraan percuma selama 5 tahun/100,000 km.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mazda CX-3 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda