window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda 2 facelift 2023 dilancar di Malaysia - dari RM 108k, gaya baharu dan kelengkapan dinaik taraf!

Faisal Β· Dec 5, 2023 10:00 AM

Mazda 2 facelift 2023 dilancar di Malaysia - dari RM 108k, gaya baharu dan kelengkapan dinaik taraf! 01

Bermaz Motor sebentar tadi baru sahaja melancarkan Mazda 2 kemaskini 2023 ke pasaran kita. Facelift kedua buat kereta kompak segmen B Mazda ini kekal diimport (CBU) dari Thailand melalui varian High tetapi dengan peningkatan harga seperti berikut:

  • Sedan/HatchbackRM 108,670 (+RM 5,000, naik dari RM 103,670)
  • Warna Soul Red Crystal - RM 109,170 (+RM 5,000, naik dari RM 104,170)

Mazda 2 facelift 2023 dilancar di Malaysia - dari RM 108k, gaya baharu dan kelengkapan dinaik taraf! 02

Pada bahagian luar, Mazda 2 kemaskini 2023 tampil dengan pembaharuan wajah melalui gril dan bampar yang lebih moden. Grilnya hadir unik dengan sisik sarang lebah hitam dengan aksen merah. Melengkapi kemaskini eksteriornya adalah roda 16 inci dengan kombinasi warna hitam dan krom.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mazda 2 facelift 2023 dilancar di Malaysia - dari RM 108k, gaya baharu dan kelengkapan dinaik taraf! 01

Antara pembaharuan lain pada facelift kedua buat Mazda 2 adalah fungsi lampu LED depan jenis buka/tutup automatik, pembersih cermin automatik dan lipatan automatik untuk cermin sisi.

Mazda 2 facelift 2023 dilancar di Malaysia - dari RM 108k, gaya baharu dan kelengkapan dinaik taraf! 02

Masuk ke bahagian dalam, Mazda 2 kini hadir dengan cermin pandang belakang anti-silau automatik, kawalan pelayaran dan trim pada papan pemukanya kini berwarna hitam. Tempat duduknya sendiri menampilkan kemasan ala kulit dan suede hitam serta jahitan merah.

Mazda 2 facelift 2023 dilancar di Malaysia - dari RM 108k, gaya baharu dan kelengkapan dinaik taraf! 03

Antara ciri lain yang didatangkan sama seperti model sebelum ini adalah lampu depan jenis LED, infotainment 7 inci dengan sokongan Apple Carplay/Android Auto dan ADAS i-Activsense.

Mazda 2 facelift 2023 dilancar di Malaysia - dari RM 108k, gaya baharu dan kelengkapan dinaik taraf! 04

Secara teknikal, Mazda 2 kekal dengan nadi NA Skyactiv-G yang beroutput 114 PS/149 Nm. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi automatik 6 kelajuan.

Mazda 2 facelift 2023 dilancar di Malaysia - dari RM 108k, gaya baharu dan kelengkapan dinaik taraf! 05

Untuk yang berminat, Mazda 2 kemaskini 2023 datang dengan 6 pilihan warna seperti di bawah:

  • Snowflake White Pearl
  • Soul Red Crystal
  • Platinum Quartz
  • Polymetal Gray (varian Hatchback sahaja)
  • AirStream Blue (warna baru, Hatchback sahaja)
  • Aero Gray (warna baru, Sedan sahaja)

Setiap pembelian lengkap dengan waranti dan penyelenggaraan percuma selama 5 tahun/100,000 km.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mazda 2 Sedan 1.5L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda