window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia akhirnya lancar Proton S70 2023 - dari RM 73k, pencabar sedan segmen B & C sekaligus!

Faisal · Nov 28, 2023 05:44 PM

Malaysia akhirnya lancar Proton S70 2023 - dari RM 73k, pencabar sedan segmen B & C sekaligus! 01

Setelah sekian lama menanti, Proton S70 akhirnya dilancarkan di pasaran Malaysia. Pewaris Proton Preve yang dipasang di kilang Tanjung Malim (CKD) ini ditawarkan melalui empat varian pada harga seperti berikut:

  • 1.5 Executive - RM 73,800
  • 1.5 Premium - RM 79,800
  • 1.5 Flagship - RM 89,800
  • 1.5 Flagship X - RM 94,800

Malaysia akhirnya lancar Proton S70 2023 - dari RM 73k, pencabar sedan segmen B & C sekaligus! 02

Secara amnya, semua varian menggunakan enjin 1.5L turbo 3-silinder MPI sama yang digunapakai oleh Proton X50 selain varian Flagship. Ia menghasilkan 150 PS/226 Nm dan kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi DCT 7-kelajuan. Mod memandunya terdiri daripada Eco, Comfort dan Sport.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malaysia akhirnya lancar Proton S70 2023 - dari RM 73k, pencabar sedan segmen B & C sekaligus! 01

Dari segi arkitektur, Proton S70 menggunakan platform BMA (B-segment Modular Architecture) yang turut menjadi asas kepada Proton X50. Buat anda yang ingin tahu, suspensi belakang pada sedan ini kekal menggunakan jenis torsion beam sama yang ada pada model penderma iaitu Geely Emgrand.

Malaysia akhirnya lancar Proton S70 2023 - dari RM 73k, pencabar sedan segmen B & C sekaligus! 02

Berkenaan kelengkapan pada bahagian luar, semua varian datang dengan brek belakang jenis cakera dan brek parkir elektrik (EPB).

Namun apa yang membeza di antara varian adalah ciri yang didatangkan. Sebagai contoh, Proton S70 varian asas iaitu Executive menggunakan lampu hadapan jenis halogen (DRL LED) dan rim 16 inci.

Malaysia akhirnya lancar Proton S70 2023 - dari RM 73k, pencabar sedan segmen B & C sekaligus! 03

Varian Premium dan kedua-dua Flagship pula dinaik taraf dengan lampu LED automatik dan nyalaan bar LED pada bahagian belakang. Unik untuk varian Flagship adalah penggunaan rim bersaiz 17 inci.

Malaysia akhirnya lancar Proton S70 2023 - dari RM 73k, pencabar sedan segmen B & C sekaligus! 04

Masuk ke bahagian dalam, varian Executive hadir dengan tempat duduk fabrik, roda stereng uretana, kluster instrumen monokrom, infotainment 8 inci, 4 pembesar suara, 5 port USB dan corong penyaman udara belakang.

Varian Premium pula menambah tempat duduk jenis kulit dan penyaman udara automatik.

Malaysia akhirnya lancar Proton S70 2023 - dari RM 73k, pencabar sedan segmen B & C sekaligus! 05

Naik kepada Proton S70 Flagship dan Flagship X pula adalah penambahan ciri seperti mod stereng (Normal, Comfort dan Sport), pelaras 6-hala jenis elektrik untuk tempat duduk pemandu, kluster digital 10.25 inci, infotainment 12.3 inci dengan arahan suara, pengecas tanpa wayar dan bacaan angin tayar (TPMS).

Juga bacaRamai berharap tetapi Proton S70 2023 tetap tiada Apple CarPlay/Android Auto - ini sebabnya

Malaysia akhirnya lancar Proton S70 2023 - dari RM 73k, pencabar sedan segmen B & C sekaligus! 06

Dan yang membezakan varian Flagship dan Flagship X pula hanyalah bumbung suria.

Dari segi keselamatan, semua varian Proton X70 lengkap dengan 6 beg udara. Kedua-dua varian Flagship pula datang dengan ADAS Tahap 2, seperti dalam rangkuman di bawah:

ADAS Proton S70 2023
Varian Fungsi ADAS
Executive, Premium

Rear Collision Warning

Lane Change Assist

Rear Cross Traffic Alert

Door Opening Warning

Flagship, Flagship X

Menambah:

Autonomous Emergency Braking

Forward Collision Warning

Adaptive Cruise Control with Stop & Go

Intelligent Cruise Control

Lane Departure Warning

Lane Departure Prevention

Lane Centering Control

Traffic Sign Information

Lane Change Assist

Intelligent High Beam Control

Malaysia akhirnya lancar Proton S70 2023 - dari RM 73k, pencabar sedan segmen B & C sekaligus! 07

Untuk pilihan warna, penawarannya adalah seperti berikut:

  • Executive - Snow White, Space Gray 
  • Premium - Snow White, Armour Silver, Space Gray, Passion Red
  • Flagship - Snow White, Armour Silver, Space Gray, Passion Red, Marine Blue, Teal Bayou Green
  • Flagship X - Snow White, Space Gray, Marine Blue, Teal Bayou Green, Quartz Black

Malaysia akhirnya lancar Proton S70 2023 - dari RM 73k, pencabar sedan segmen B & C sekaligus! 08

Secara amnya, setiap pembelian datang sekali dengan waranti 5 tahun tanpa had kilometer dan upah servis percuma sebanyak 6 kali. 3,000 pembeli pertama pula akan mendapat kit badan percuma untuk varian Flagship X bernilai RM 3,130 dan baucar servis bernilai RM 500. Tetapi ini untuk pendafataran sehingga 29 Februari 2024 sahaja. Pelanggan yang sudah membuat tempahan dijangka mendapat kereta masing-masing secepat yang mungkin.

Juga bacaKenapa Proton S70 wujud? Timbalan CEO: "Kami mempunyai barisan SUV yang cukup. Ramai pelanggan inginkan sedan,"

@wapcar_zamil Amacam, ngam ke tak pakej dan waranti dia?! #protons70 #protonmalaysia #s70 #s70malaysia #hargaprotons70 #hargas70 #s70price #protons70price #carmalaysia #fypmalaysia #keretabaru #malaysia #wapcar ♬ TrapCity - DirtySauce_Production

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

Proton S70 Executive

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda