window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

GoCar perluas ke 10 lagi stesen MRT - diskaun 50% hingga 15 Disember, guna tanpa had dengan kod "YAY50"

Faisal · Dec 4, 2023 01:00 PM

GoCar perluas ke 10 lagi stesen MRT - diskaun 50% hingga 15 Disember, guna tanpa had dengan kod

Dalam usaha meningkatkan kemudahan orang ramai di Lembah Klang, GoCar Malaysia telah mengembangkan platform GoCar Sharing ke 10 stesen MRT terpilih. Pengembangan strategik itu bertujuan untuk menjadikan perkhidmatan perkongsian kereta lebih mudah diakses sebagai satu pilihan mod pengangkutan yang boleh dipercayai oleh pengguna. 

Ditawarkan untuk tempahan pergi balik, lokasi lokasi MRT GoCar Sharing ialah Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Sri Damansara Sentral, Kepong Baru, Sungai Buloh, Jinjang, Kuchai, Universiti Putra Malaysia (UPM), Taman Equine dan Putra Permai.

GoCar perluas ke 10 lagi stesen MRT - diskaun 50% hingga 15 Disember, guna tanpa had dengan kod

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Pengembangkan ke stesen-stesen MRT itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan rangkaian. Jadi, lebih ramai pengguna di Lembah Klang boleh mengakses perkhidmatan perkongsian kereta kami yang mudah. Integrasi perkhidmatan kami di antara hub transit seperti stesen MRT akan memangkin penyelesaian mobiliti yang lancar dan efisien pada masa depan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun.

Bagi meraikan pencapaian terbaharu ini, platform mobiliti sebagai satu perkhidmatan berdasarkan permintaan terkenal itu menawarkan diskaun sebanyak 50% ke atas semua GoCar Sharing Round Trips dengan kod promo “YAY50”. Lebih menarik lagi, promosi itu tiada had dari segi perbatuan, diskaun maksimum dan penggunaan kod promo.

GoCar perluas ke 10 lagi stesen MRT - diskaun 50% hingga 15 Disember, guna tanpa had dengan kod

Tawaran itu terpakai ke atas kenderaan-kenderaan terpilih dalam rangkaian GoCar termasuklah kereta elektrik kecuali Ora Good Cat. Promosi eksklusif itu bermula sekarang hingga 15 Disember 2023 untuk perjalanan dalam tempoh sama dan boleh didapati di semua lokasi GoCar Sharing.

GoCar perluas ke 10 lagi stesen MRT - diskaun 50% hingga 15 Disember, guna tanpa had dengan kod

Dengan rangkaian hampir 500 buah kenderaan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor, GoCar sentiasa konsisten untuk menawarkan mobiliti urban yang lebih baik. Sebagai sebuah syarikat yang terus berkembang dam meningkatkan perkhidmatannya, ia kekal fokus untuk menawarkan penyelesaian yang mampu memenuhi keperluan pengguna urban yang sentiasa berevolusi.

“Pengembangan dan promosi Disember yang menarik ini memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan pilihan pengangkutan yang mudah dan jimat, selain menikmati kemudahan perkhidmatan perkongsian kereta tanpa had,” kata Wong. 

Untuk menempah GoCar Sharing Round Trip, download aplikasi mudah alih GoCar. Maklumat lanjut mengenai GoCar Malaysia boleh juga didapati di https://new.gocar.my/ atau ikuti saluran Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok GoCar Malaysia.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda