window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tahukah anda sejarah disebalik fungsi ‘glovebox’?

Faisal · Nov 8, 2020 02:00 PM

Tahukah anda sejarah disebalik fungsi ‘glovebox’? 01

Melalui zaman yang serba moden ini, banyak aspek di dalam kereta yang mengalami perubahan. Contohnya seperti sistem radio, kluster instrumen, tombol gear, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tiada apa yang lebih unik daripada storan penyimpanan barang seperti ‘glovebox’.

Tahukah anda sejarah disebalik fungsi ‘glovebox’? 02

Untuk maklumat anda, glovebox ialah kotak penyimpanan pada bahagian papan pemuka belah penumpang. Storan ini boleh digunakan untuk menyimpan barang seperti tisu, kunci rumah, cermin mata, dan apa-apa sahaja yang boleh dimuatkan. Fungsi glovebox di dalam kereta anda sebenarnya bermula dengan sejarah yang agak menarik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tahukah anda sejarah disebalik fungsi ‘glovebox’? 01

Pelumba wanita British yang pertama, Dorothy Levitt yang meminta kereta lumbanya untuk mempunyai storan menyimpan sarung tangan

Jika diterjemahkan dalam Bahasa inggeris, glovebox bermaksud kotak sarung tangan. Istilah ini digunakan sejak zaman awal kereta dibangunkan. Oleh yang demikian, mengapakah mereka menggunakan istilah glovebox?

Tahukah anda sejarah disebalik fungsi ‘glovebox’? 02

Packard Model B tahun 1900. Kereta pertama yang mempunyai glovebox

Pada zaman dahulu, ruang di dalam kereta bukanlah kedap atau terlindung sepenuhnya daripada bahagian luar. Maka itu, pemandu sering memandu dengan memakai sarung tangan. Antara tujuan penggunaan sarung tangan adalah:

  • Untuk mengelakkan tangan pemandu daripada beku dimana tangan boleh menjadi kaku kerana ruang kabin kereta tidak tertutup seperti kereta zaman sekarang. Tambahan pula, sistem pemanas di dalam kereta belum dihasilkan ketika itu.
  • Untuk mengekalkan cengkaman dan kebersihan tangan untuk mengoperasikan fungsi kereta kerana penumpang pada zaman itu terdedah dengan habuk, lumpur, dan hujan.
  • Sebagai tanda fesyen.
  • Sarung tangan wajib dipakai untuk sesetengah acara.

Tahukah anda sejarah disebalik fungsi ‘glovebox’? 03

Maka itu, adalah wajar bagi syarikat pengeluar kereta ketika itu untuk mencipta tempat yang khusus untuk menyimpan sarung tangan.

Tahukah anda sejarah disebalik fungsi ‘glovebox’? 04

Kini, sarung tangan tidak diperlukan lagi kerana ruang di dalam kereta dilindung oleh pengedap pintu dan cermin. Tetapi mengapa syarikat pengeluar kereta masih menghasilkan glovebox?

Tahukah anda sejarah disebalik fungsi ‘glovebox’? 05

Imej: wired

Selepas glovebox kereta diperkenalkan, pengguna juga sering menyimpan barang selain daripada sarung tangan itu sendiri. Sejak itu, syarikat pengeluar kereta sentiasa menerapkan inovasi dan pembaharuan untuk memberikan ruang yang lebih praktikal dan berguna di dalam kereta anda seperti glovebox.

Tahukah anda sejarah disebalik fungsi ‘glovebox’? 06

Glovebox yang boleh dikunci

Disebabkan ini jugalah mereka memperkenalkan mekanisma untuk mengunci glovebox tersebut kerana pengguna sering menyimpan barang yang berharga di dalam storan ini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda