Harga Honda CR-V hibrid RM 196,000 terlalu mahal? Apa ada hal, senarai menunggu kini melebihi 4 bulan!

Dengan harga RM 195,900, anda tidak akan menjangkakan Honda CR-V hibrid akan terjual dalam jumlah yang tinggi, tetapi sekali lagi Honda Malaysia telah mengejutkan kita (dan diri mereka juga!). Pengedar Honda kini mengatakan ada tempoh menunggu selama 4 hingga 5 bulan untuk spesifikasi tertinggi CR-V e:HEV RS, nama rasmi bagi varian hibrid.

Sebagai perbandingan, varian VTEC Turbo (dijual pada harga antara RM 159,900 hingga RM 181,900) mempunyai tempoh menunggu yang lebih singkat iaitu 3 bulan. Ianya masih lama tetapi tidak selama varian hibrid.

Honda Malaysia mengatakan bahawa mereka telah menerima hampir 6,500 tempahan untuk Honda CR-V sejak pelancaran model tersebut pada 14 Disember 2023.

Honda Malaysia tidak menyediakan pecahan tempahan mengikut varian, tetapi kebanyakan daripada 1,500 unit CR-V yang telah dihantar kepada pelanggan sejauh ini adalah varian V pertengahan (RM 181,900). Ia menyumbang 45% daripada jumlah pendaftaran keseluruhan diikuti dengan varian E (RM 169,900) dengan 30%.

Kekurangan bekalan varian e:HEV RS juga bermakna bahawa hibrid hanya menyumbang 14% daripada penghantaran keseluruhan, manakala varian S asas (RM 159,900) adalah 11%.

Baca juga: Tempahan Honda CR-V 2024 2x ganda potong sasaran bulanan 1,000 unit walau dengan cabaran pasaran

Tanpa mengira varian mana yang anda pilih, semua model CR-V yang ditawarkan dilengkapi dengan pelbagai ciri yang baik. Malah, varian asas S turut dilengkapi dengan 8 beg udara dan rangkaian penuh sistem bantuan pemanduan canggih Honda Sensing (ADAS).

Untuk maklumat lanjut mengenai perbezaan antara keempat-empat varian yang ditawarkan, rujuk kepada rencana di bawah.

Baca juga: Honda CR-V serba baharu 2024 rasmi dilancarkan di Malaysia - dari RM 159k, ada 4 varian!

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys d...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Honda CR-V

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2024 Honda CR-V 1.5L Turbo V AWD in Malaysia, Only Turbos From Here!

2022 Honda CR-V Black Edition 1.5 in Malaysia, Mean Family SUV!

2021 Honda CR-V vs Mazda CX-5 Turbo SUV Comparison Review, Family Should Buy Which?

2021 Honda CR-V 1.5 AWD Review in Malaysia, You Just Can’t Say No To One

All the Cars We've Tested in 2020, Proton X50, Almera, CR-V etc, Which is The Best??

Dalam masa 2 hari, BYD Seal 2024 menerima lebih 800 tempahan, menandakan permulaan yang cemerlang bagi sedan EV sporty yang dilancarkan minggu lepas. Selaras dengan ini, Sime Darby Beyond Auto, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia akan menawarkan tambahan 300 pakej istimewa β€˜Early Bird’ yang merangkumi pengecas dinding percuma dan kredit cas Gentari/ChargEV bernilai RM 800. Sebagai rangkuman, BYD Seal diimport sepenuhnya (CBU) dari China dan ditawarkan dalam dua varian pada harga berikut: Premi
Menurut Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Datuk Lokman Jaman, sistem dimerit kesalahan jalan raya yang diperkenalkan sejak 1984 menunjukkan bahawa terdapat sehingga 20 perbuatan di jalan raya yang disifatkan sebagai kesalahan oleh 'sikap'. Ulas beliau, untuk tempoh tersebut, seramai 12,437 individu telah dikenakan tindakan selepas mengumpul mata demerit yang banyak di bawah sistem Kesalahan Jalan Raya (Kejara). Berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan J
Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengumumkan bahawa 30% daripada kenderaan mereka menjelang 2030 akan merangkumi jenis elektrik sepenuhnya (EV). Pelaksanaan ini adalah sebahagian daripada strategi pengurangan karbon TNB, selari dengan matlamat Malaysia untuk mencapai neutral karbon menjelang 2050. Untuk merealisasikan hasrat ini, TNB sedang meningkatkan transisi kepada kenderaan elektrik (EV) melalui 98 unit baharu yang merangkumi 78 trak pikap elektrik dan 20 van elektrik. Ini akan meningkatk
Tahun 2023, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mencapai tahun paling berjaya dalam sejarah mereka. Buat kali pertamanya, keuntungan yang dapat dikutip mencecah RM 5 bilion. Menteri Pengangkutan Anthony Loke dalam hantaran di media sosial beliau mengulas bahawa keuntungan JPJ pada 2023 adalah sebanyak RM 5.07 bilion, melepasi angka 2022 yang dicapai sebanyak RM 4.9 bilion. Menarikya, keuntungan daripada hasil nombor pendaftaran tender juga meningkat dari RM 501.5 juta pada 2022 kepada RM 569.6 juta
Gentari baru sahaja melancarkan Gentari Go, sebuah platform pelanggan yang mengintegrasikan ekosistem tenaga bersih dalam satu aplikasi mudah. Aplikasi Gentari Go ini sudah diaktifkan untuk Malaysia dan pelancaran untuk rantau Asia Tenggara dan India akan berlangsung dalam tahun ini juga. Juga baca: PNB lancar pengecas EV bangunan pertama dengan kerjasama Gentari, sasar 59 unit pengecas di 18 hartanah menjelang 2024! Untuk makluman anda, platform ini sudah memiliki rakan sekeliling (roaming) yan

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Honda CR-V
Cek Lebih