window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sabun tak ada, GRO ada – Kedai cuci kereta jadi ‘port’ pelacuran, pusat hiburan haram

Mersita · Oct 18, 2021 02:00 PM

Sabun tak ada, GRO ada – Kedai cuci kereta jadi ‘port’ pelacuran, pusat hiburan haram 01

Satu sindiket pelacuran bertopengkan kedai cuci kereta di Kepong, Kuala Lumpur berjaya ditumpaskan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) apabila premis tersebut diserbu pada Khamis lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata seramai 16 wanita warga asing terdiri daripada 13 warga Vietnam dan tiga warga Thailand berusia 22 hingga 35 tahun yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di dua premis di kawasan itu.

Sabun tak ada, GRO ada – Kedai cuci kereta jadi ‘port’ pelacuran, pusat hiburan haram 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Antara kesalahan dilakukan warga asing ini termasuklah tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa.

Tujuh lelaki tempatan, dimana lima daripadanya pelanggan dan dua lagi pekerja di premis tersebut turut ditahan dan dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan.

Sabun tak ada, GRO ada – Kedai cuci kereta jadi ‘port’ pelacuran, pusat hiburan haram 01

Risikan pihak JIM mendapati kegiatan tidak bermoral yang berjalan di premis terbabit bermula dari jam 4 petang sehingga lewat malam ketika tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Operasi tidak bermoral ini dijalankan di dua lot premis rumah kedai dua tingkat. Pintu masuk utama ke premis ini tidak mempunyai papan tanda dan hanya dibuka separuh sahaja untuk pelanggan tetap.

Sabun tak ada, GRO ada – Kedai cuci kereta jadi ‘port’ pelacuran, pusat hiburan haram 02

“Di satu lot lagi, sindiket ini menggunakan papan tanda Pusat Mencuci Kenderaan bagi tujuan mengaburi mata pihak berkuasa. Premis tersebut juga dilihat seperti tiada sebarang aktiviti perniagaan dan kurang dikunjungi.

"Premis ini juga direka seolah-olah tidak dikunjungi. Namun, apabila masuk ke dalam bangunan itu premis ini menyajikan pelbagai hiburan berserta GRO," katanya.

Sabun tak ada, GRO ada – Kedai cuci kereta jadi ‘port’ pelacuran, pusat hiburan haram 03

Menurutnya, semua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Semenyih dan kes disiasat di bawah Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda