window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Wanita dibelasah lelaki sial pandu kereta mewah, hanya kerana dihon sebab hadang parkir

Mersita · Dec 18, 2020 06:00 PM

Wanita dibelasah lelaki sial pandu kereta mewah, hanya kerana dihon sebab hadang parkir 01

Ragam manusia memang bermacam jenis tapi yang kali ini bikin hati panas. Baru-baru ini tular di media sosial tentang kes ‘road rage’ yang melibatkan seorang wanita di Amadesa Resort Condominium, Tmn Desa Petaling yang dibelasah oleh seorang pemilik restoran lelaki berumur 58 tahun.

Wanita itu dibelasah hanya kerana lelaki tersebut dihon apabila kereta Mercedes-Benz yang dipandunya menghadang laluan masuk ke tempat parkir kereta. Kisah itu diceritakan oleh mangsa di akaun Facebook miliknya yang mendapat perhatian netizen yang rata-rata marah dan kesal atas kejadian yang menimpa mangsa.

Mangsa menceritakan yang pada hari Rabu yang lalu, mangsa pulang ke rumah pada pukul 8 malam dan memandu masuk ke ruang parkir seperti biasa. Sebuah kereta jenis Mercedes-Benz berwarna biru gelap dengan plat nombor pendaftaran berlencana menghalang laluan masuk ke tempat parkir kondominium tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Setelah menunggu selama beberapa minit, wanita itu menekan hon dan kereta Merc tersebut pun berlalu. Malang tak berbau, pemandu kereta mewah tersebut menunggu mangsa di tangga kondo tersebut dan bertanya jika mangsalah yang mengehon keretanya tadi.

Dengan tidak semena-mena, rambut mangsa ditarik dan lelaki tersebut menumbuk muka dan kepalanya berterusan beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan serius pada mangsa yang juga memakai pendakap gigi.

Mangsa yang ketakutan lari ke belakang sebuah kereta dan menghubungi bapanya supaya turun untuk menyelamatkannya. Mangsa berkata yang lelaki tersebut lebih tinggi daripadanya dan berbadan besar, menyebabkan mangsa takut untuk mempertahankan dirinya sendiri.

Wanita dibelasah lelaki sial pandu kereta mewah, hanya kerana dihon sebab hadang parkir 01

Polis dihubungi sejurus selepas kejadian dan lelaki tersebut berjaya dipujuk untuk turun berjumpa dengan keluarga mangsa. Lebih mengejutkan, lelaki itu turun membawa pisau pemotong besar yang disembunyikan di belakang badannya. Pisau tersebut dicampak ke tepi setelah melihat kehadiran polis yang datang untuk menyiasat insiden itu.

Wanita dibelasah lelaki sial pandu kereta mewah, hanya kerana dihon sebab hadang parkir 02

Lelaki tersebut ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Salak Selatan Baru dan mangsa turut hadir untuk membuat laporan polis. Lelaki tersebut didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada penjara maksima 1 tahun atau denda maksima RM 2,000 atau kedua-duanya sekali bergantung kepada keputusan mahkamah.

Mangsa yang cedera di muka dan kepala dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Wanita dibelasah lelaki sial pandu kereta mewah, hanya kerana dihon sebab hadang parkir 03

Ketua Polis Cheras, Mokhsein Mohamed Zon berkata lelaki tersebut mengaku bersalah dalam kes tersebut dan didakwa di mahkamah kelmarin (17 Disember) sehari selepas kejadian tersebut. Anak kepada lelaki tersebut dikatakan berkunjung ke rumah mangsa untuk meminta maaf dan memohon supaya bapa mereka tidak didakwa atas alasan si bapa sedang mengalami tekanan perasaan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda