window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bunyi 'fan belt' bising di ruang enjin? 4 tanda 'fan belt' kereta sudah rosak dan perlu diganti

Mersita · Jul 17, 2021 11:59 AM

Bunyi 'fan belt' bising di ruang enjin? 4 tanda 'fan belt' kereta sudah rosak dan perlu diganti 01

‘Fan belt’, atau juga dikenali sebagai ‘serpentine belt’, ialah satu jalur getah sintetik yang menghubungkan beberapa komponen enjin dengan menyalurkan kuasa putaran dari satu komponen ke komponen lain.

Memandangkan ‘fan belt’ salah satu alat ‘wear and tear’, anda perlu menggantikannya dengan yang baru apabila tiba penghujung jangkahayatnya. Tapi, macam mana nak tahu bila kita perlu ganti ‘fan belt’? Apa petanda dan simptom ‘fan belt’ kereta dah rosak?

1. ‘Bunyi tikus’ atau bingit dari ruang enjin

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Petanda paling ketara ialah bunyi bingit atau ‘bunyi tikus’ yang datangnya dari ruang enjin apabila kereta dihidupkan. Bunyi ini terhasil akibat ‘belt’ ini tergelincir atau tidak melekat sempurna pada ‘pulley’.

Jika bunyi ini kedengaran jelas dari enjin kereta anda, sebaiknya pandu kereta anda ke bengkel berhampiran yang dipercayai untuk diperiksa. Jika dibiarkan terlalu lama, ‘fan belt’ bermasalah boleh putus dan akan menyebabkan anda terkandas.

2. Apabila ada rekahan atau cebisan hilang di bahagian bawah ‘belt’

Bunyi 'fan belt' bising di ruang enjin? 4 tanda 'fan belt' kereta sudah rosak dan perlu diganti 01

Jika rupa ‘fan belt’ anda begini, seeloknya tukar cepat-cepat

Satu lagi cara untuk mengesan ‘fan belt’ rosak ialah dengan memeriksa bahagian bawah ‘belt’ berkenaan – jika ada rekahan atau ketulan yang hilang, tukar segera.

Memandangkan ‘belt’ ini diperbuat daripada getah yang diperkuatkan, ‘belt’ merekah bermaksud integriti getah berkenaan sudah terjejas dan mudah putus.

Inilah sebabnya mengapa anda mesti biasakan diri untuk buat pemeriksaan berkala pada kereta anda. Jika masalah ini dapat dikesan awal, anda tak perlu risau terkandas dan garu kepala di kemudian hari.

3. Hawa/Udara panas keluar dari corong ‘aircond’

Bunyi 'fan belt' bising di ruang enjin? 4 tanda 'fan belt' kereta sudah rosak dan perlu diganti 02

Salah satu simptom ‘fan belt’ rosak ialah apabila ‘aircond’ kereta tak sejuk. Memandangkan ‘fan belt’ menyambungkan enjin dengan pam ‘aircond’, ‘belt’ yang rosak berpotensi untuk menyebabkan sistem ‘aircond’ kereta anda untuk tidak berfungsi dengan baik.

Bunyi 'fan belt' bising di ruang enjin? 4 tanda 'fan belt' kereta sudah rosak dan perlu diganti 03

Proton Saga ialah salah sebuah daripada model kereta zaman moden yang masih lagi menggunakan sistem ‘power steering’ jenis hidraulik

Bagi kereta dengan ‘power steering’ hidraulik, ‘fan belt’ yang rosak juga boleh menyebabkan stereng terasa lebih berat kerana ‘belt’ ini juga disambung kepada pam ‘power steering’ hidraulik.

4. Enjin ‘overheat’/terlampau panas

Bunyi 'fan belt' bising di ruang enjin? 4 tanda 'fan belt' kereta sudah rosak dan perlu diganti 04

Enjin terlampau panas ialah simptom paling teruk yang boleh terjadi disebabkan oleh ‘fan belt’ rosak. ‘Belt’ ini disambung kepada pam air dan ‘fan belt’ rosak boleh mengakibatkan pam ini tidak berfungsi, seterusnya mengakibatkan enjin ‘overheat’.

Bunyi 'fan belt' bising di ruang enjin? 4 tanda 'fan belt' kereta sudah rosak dan perlu diganti 05

Kredit gambar: Testing Autos

Jika anda dapati suhu enjin naik pada paras bahaya, sebaiknya hentikan kereta anda di bahu jalan dengan selamat dan hubungi mekanik. Jangan cuba teruskan pemanduan kerana ia boleh membuatkan keadaan kereta menjadi lebih teruk.

Secara amnya, ‘fan belt’ tidak termasuk di dalam jadual ‘maintenance’ kenderaan. Oleh itu, ini bergantung kepada anda sebagai pemilik kereta untuk membuat pemeriksaan berkala bagi memastikan komponen kenderaan sentiasa dalam keadaan tip-top.

Semoga artikel kali ini berguna untuk menjelaskan punca ‘bunyi tikus’ semasa enjin kereta anda dihidupkan. Jangan lupa kongsi kepada rakan taulan dan ahli keluarga sebagai ilmu tambahan supaya kita semua boleh jadi pemilik kereta yang lebih bertanggungjawab.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda