Honda City, Proton Waja kantoi! Lihat taktik kantoikan kereta ‘cucuk’ rapat untuk elak bayar tol

Mersita · Aug 24, 2021 02:00 PM

Honda City, Proton Waja kantoi! Lihat taktik kantoikan kereta ‘cucuk’ rapat untuk elak bayar tol 01

Kes pemandu licik mengikut rapat di belakang kenderaan lain di hadapannya semata-mata untuk lolos palang dan mengelak daripada membayar tol sudah selalu kita dengar, namun agak jarang kita lihat ia dirakam. Rupanya, ada cara untuk ‘mengajar’ golongan tidak bertanggungjawab sebegini daripada melakukan onar dan tidak membayar tol.

Honda City, Proton Waja kantoi! Lihat taktik kantoikan kereta ‘cucuk’ rapat untuk elak bayar tol 02

Dua rakaman ‘dashcam’ mula tular di media sosial baru-baru ini, menunjukkan sebuah Honda City (di Plaza Tol Mex) dan Proton Waja (di Plaza Tol Batu Tiga) masing-masing terkandas dalam misi mereka untuk curi-curi melepasi palang tol dan mengelak daripada membayar bahagian mereka.

@jannahalias_sofea

semalam aku terkena hahahahaha! tp yang ni lain .. jenama Proton.. bukan H .. pokemon betul! (abaikan suara kteorg🤣)

♬ original sound - JannahAlias_Sofea

Dalam rakaman berasingan itu, sebuah Honda City dan sebuah Proton Waja didapati mengekori rapat kereta dihadapannya sebelum menghampiri plaza tol dengan niat mahu memecut kenderaan sebelum palang di hadapannya diturunkan.

Pemandu di hadapan (mangsa) yang menyedari pergerakan mencurigakan itu menggunakan satu taktik bernas supaya bayaran tol mereka tidak disalahgunakan pemandu lain.

Kedua-dua ‘mangsa’ ini menggunakan taktik sama iaitu memberhentikan kenderaan sejurus selepas melepasi palang yang sedang diturunkan di belakang kereta mereka. Honda City dan Proton Waja tersebut ternyata berniat untuk melepasi palang tanpa membayar tol kerana mereka tersekat dan terpaksa undur semula!

Honda City, Proton Waja kantoi! Lihat taktik kantoikan kereta ‘cucuk’ rapat untuk elak bayar tol 01

Aksi pemandu City dan Waja tidak bertanggungjawab ini bukan saja menyalahi undang-undang, ia juga membahayakan pengguna jalan raya lain kerana kemalangan boleh berlaku akibat mengikut kenderaan lain dengan terlalu rapat.

Netizen rata-rata memuji tindakan pemandu bijak itu dan mengecam kelakuan pemandu City dan Waja berkenaan.

Honda City, Proton Waja kantoi! Lihat taktik kantoikan kereta ‘cucuk’ rapat untuk elak bayar tol 02

Sebagai info, pemandu yang didapati melakukan kesalahan tidak membayar tol boleh didakwa mengikut Seksyen 8(1) Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1994 yang boleh didenda tidak kurang RM2,000 dan tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga setahun jika disabitkan kesalahan.

Pengendali lebuh raya juga boleh membuat tuntutan mengikut jumlah bayaran tol yang dielak atau tidak dibayar berdasarkan pemeriksaan nombor pendaftaran kenderaan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Toyota Corolla Cross 1.8G

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru