window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Majoriti rakyat Malaysia masih boleh beli kereta baharu walau dengan keadaan semasa - Kenanga

Faisal · Dec 19, 2023 04:41 PM

Majoriti rakyat Malaysia masih boleh beli kereta baharu walau dengan keadaan semasa - Kenanga 01

Menurut nota penyelidikan Kenanga Investment Bank Bhd, kebanyakan isi rumah di Malaysia masih mampu membeli kereta baharu berbanding kereta terpakai. Perkara ini agak memeranjatkan sekiranya mengambil kira kadar inflasi tinggi dan pertumbuhan ekonomi global yang perlahan.

Penganalisisnya, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz berkata pembeli mempunyai keyakinan kukuh dalam ekonomi kita yang makin stabil. Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa kemampuan memiliki kenderaan bermotor juga disokong oleh harga kereta baharu yang stabil berikutan penangguhan peraturan duti eksais baharu yang menyebabkan harga kenderaan pemasangan tempatan meningkat sebanyak 8% -  20%.

Majoriti rakyat Malaysia masih boleh beli kereta baharu walau dengan keadaan semasa - Kenanga 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jelasnya lagi, "Apa-apapun, kami mengakui bahawa rasionalisasi subsidi bahan api yang akan berlaku mungkin menjejaskan permintaan untuk model pasaran pertengahan. Namun, kami kekal optimis terhadap jualan kenderaan dalam segmen mampu milik dengan pembeli daripada kumpulan B40 yang tidak terkesan dengan rasionalisasi subsidi selain berpotensi mendapat manfaat daripada pengenalan model gaji progresif".

Juga bacaJualan kereta di Malaysia dijangka susut 8%, sasaran TIV turun ke 710,000 unit untuk 2024

Sumber: Berita Harian

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda