window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua cabar bakat muda Malaysia dan Asian untuk 'design' Bezza generasi seterusnya

Faisal · Dec 19, 2023 03:39 PM

Perodua cabar bakat muda Malaysia dan Asian untuk 'design' Bezza generasi seterusnya 01

Keputusan penuh buat Asian Compact Sedan Design Challenge (ACSDC) 2023 sudah diumumkan yang mana ia telah menerima 93 penyertaan melalui 7 buah negara. Kalau anda nak tahu, ini adalah pertandingan mereka bentuk yang dianjurkan antara Perodua dengan Malaysia Design Council (MRM) yang dibuka kepada para profesional dan pelajar dalam Asia.

Perodua cabar bakat muda Malaysia dan Asian untuk 'design' Bezza generasi seterusnya 02

Penyertaan terdiri daripada bakat dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura. Penyertaan dari Iran, Jepun dan India juga ada di mana antara kriteria yang dicari adalah "elemen reka bentuk baharu untuk menyesuaikan dengan citarasa ASEAN".

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaPenangan Bezza, jualan Perodua bagi suku 3 2023 naik 28.3%, pendaftaran setakat September dah lebih 230,000 unit!

Perodua cabar bakat muda Malaysia dan Asian untuk 'design' Bezza generasi seterusnya 01

8 finalis yang disenaraikan terdiri daripada 3 pelajar muda dari Malaysia, manakala kategori profesional menyenaraikan 3 finalis dari Indonesia dan 2 dari Malaysia. Mereka secara amnya diberi peluang untuk memperlihatkan visi digital masing-masing kepada realiti melalui model tanah liat.

Perodua cabar bakat muda Malaysia dan Asian untuk 'design' Bezza generasi seterusnya 02

Dan pemenang untuk kategori pelajar adalah Bryan Teh dari Asia Pasific University (APU). Wawancara beliau bersama WapCar memberitahu bahawa dua inspirasi reka bentuk untuk konsep sedannya adalah dari Alfa Romeo Giulia dan Opel Mantra.

Perodua cabar bakat muda Malaysia dan Asian untuk 'design' Bezza generasi seterusnya 03

Kenny Chan dari Malaysia pula dianugerahkan pemenang kategori profesional melalui kereta konsep "Payung" miliknya. Menurut wawancara WapCar bersama Kenny, beliau berkata bahawa inspirasinya adalah dari motif ASEAN seperti songket.

Juga bacaUntuk 2022, Perodua Bezza dinobatkan sebagai sedan 'entry-level' paling laku di dunia!

Perodua cabar bakat muda Malaysia dan Asian untuk 'design' Bezza generasi seterusnya 04

Ketua juri, Muhamad Zamuren Musa yang turut merangkap sebagai Pengurus Besar untuk Styling Design Department dan R&D Perodua memberitahu bahawa "Reka bentuknya menunjukkan dinamik siluet fastback dengan garisan bahu yang begitu kukuh, sekaligus membuatkan ia nampak seimbang".

Sambung beliau, "Perincian yang signifikan dan elemen kreatif membuatkannya ia antara terbaik di kalangan semua".

Perodua cabar bakat muda Malaysia dan Asian untuk 'design' Bezza generasi seterusnya 05

Dalam satu kenyataan dari Presiden dan CEO Perodua iaitu Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, "Pertandingan ini memberi gambaran akan persepsi dan nilai sedan dari pasaran berbeza".

Sambung beliau, "Malaysia melihatnya sebagai sesuatu yang praktikal, manakala negara lain mungkin menganggapnya sebagai simbol status. Melalui pertandingan ini, kita dapat idea akan kemungkinan untuk menggabungkan kedua-dua aspek dalam satu".

Perodua cabar bakat muda Malaysia dan Asian untuk 'design' Bezza generasi seterusnya 06

Menariknya, wakil beliau yang hadir sewaktu sesi memberi hadiah iaitu Timbalan Presiden Perodua, Datuk Ahmad Suhaimi Hashim memaklumkan bahawa selain menyanjungi bakat muda Malaysia dan Asia, ia boleh dijadikan inspirasi buat Perodua Bezza generasi seterusnya.

Perodua cabar bakat muda Malaysia dan Asian untuk 'design' Bezza generasi seterusnya 07

Ulas beliau, "Pertandingan mereka bentuk ini merupakan sebahagian daripada proses pembangunan produk kerana kami mempertimbangkan pelbagai idea untuk model serba baharu sebagai pewaris kepada Perodua Bezza".

Perodua cabar bakat muda Malaysia dan Asian untuk 'design' Bezza generasi seterusnya 08

Untuk makluman anda, Datuk Ahmad sempat memberitahu bahawa model ini baru dalam fasa lukis dan tidak akan diketengahkan dalam masa terdekat. Malah, pelancarannya juga tidak akan berlangsung dalam masa terdekat tetapi ia juga akan serasi dengan citarasa pasaran selain Malaysia.

Jadi antara semua yang dipertandingkan, mana yang anda rasa sesuai untuk diterapkan buat Perodua Bezza generasi baru?

Juga bacaSelepas Axia D74A, Perodua Bezza serba baru bakal mendapat 6 beg udara, VSC, pelancaran tahun 2024?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Perodua Bezza 1.0 G (M)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda