window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua menyemak semula sasaran jualan 2023 kepada 325,000 unit; suku ke-4 bakal menjadi yang terbaik dalam sejarah!

Zamil Syaheer · Nov 7, 2023 02:45 PM

Perodua menyemak semula sasaran jualan 2023 kepada 325,000 unit; suku ke-4 bakal menjadi yang terbaik dalam sejarah! 01

Kurang daripada dua bulan sebelum tahun berakhir, Perodua menyemak semula sasaran jualannya bagi tahun 2023 kepada 325,000 unit, meningkat daripada angka yang diumumkan sebelum ini iaitu 314,000 unit. Sasaran pengeluaran juga ditingkatkan serentak, dari 330,000 unit kepada 338,000 unit.

Jika anda tertanya-tanya mengenai jurang antara sasaran pengeluaran dan jualan, sasaran pengeluaran Perodua sentiasa sedikit lebih tinggi daripada sasaran jualannya, bagi menampung keperluan untuk menyimpan sedikit stok simpanan.

Perodua menyemak semula sasaran jualan 2023 kepada 325,000 unit; suku ke-4 bakal menjadi yang terbaik dalam sejarah! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua menyatakan semakan semula ini disebabkan oleh pembaikan bekalan bagi komponen dan alat ganti, serta permintaan yang kuat untuk kereta kompak yang mesra bajet.

“Bulan ini menyaksikan pencapaian pengeluaran dan jualan tertinggi kami sebanyak 35,111 unit, serta 33,836 unit didaftarkan dalam 1 bulan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

Untuk rujukan, Perodua menghasilkan 22,974 unit pada Oktober 2022 dan mendaftarkan 24,849 unit pada bulan yang sama pada tahun 2022.

Perodua menyemak semula sasaran jualan 2023 kepada 325,000 unit; suku ke-4 bakal menjadi yang terbaik dalam sejarah! 01

Beliau berkata peningkatan pengeluaran ini dicapai dengan sumber-sumber yang ada dalam ekosistem automotif semasa, memberi isyarat kepada potensi pertumbuhan bagi kedua-dua permintaan dan bekalan dalam industri ini.

Dato’ Sri Zainal menambah: "Walaupun terdapat beberapa isu seperti ketersediaan jangka panjang cip semi konduktor, kami dapat menjamin bekalan yang mencukupi agar prestasi suku keempat Perodua menjadi yang terbaik dalam sejarah."

Jualan Perodua bagi tempoh Januari hingga Oktober pada tahun ini adalah sebanyak 267,063 unit, meningkat sebanyak 22 peratus daripada tempoh 10 bulan yang sama pada tahun 2022.

Perodua menyemak semula sasaran jualan 2023 kepada 325,000 unit; suku ke-4 bakal menjadi yang terbaik dalam sejarah! 02

"Jika momentum ini berterusan, maka industri automotif mungkin dapat mengekalkan pertumbuhan sebegini pada tahun 2024, yang akan membantu meningkatkan sentimen pengguna walaupun ketidakpastian ekonomi pada tahun depan," kata Dato’ Sri Zainal.

"Pada masa ini, kami memberi tumpuan kepada maksimumkan potensi kami dalam pengeluaran dan jualan supaya pelanggan kami menerima kenderaan Perodua mereka dengan lebih cepat," tambah beliau.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda