window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Produksi Proton X70 1.8 dihentikan; petanda terkuat model facelift Malaysia dengan enjin 1.5L TGDi sahaja

Faisal · Dec 19, 2023 11:29 AM

Produksi Proton X70 1.8 dihentikan; petanda terkuat model facelift Malaysia dengan enjin 1.5L TGDi sahaja 01

Menurut data dari Malaysia Automotive Association (MAA), produksi Proton X70 1.8 Premium 2WD nampaknya telah dihentikan.

Apa yang didedahkan MAA menunjukkan bahawa kilang Tanjung Malim telah berhenti memasang X70 varian 1.8 Premium sejak Oktober lagi. Namun begitu, laman rasmi Proton masih menyiarkan model berharga RM 123,000 tersebut. Apa-apapun, kami syak bahawa ia hanya untuk menghabiskan stok.

Produksi Proton X70 1.8 dihentikan; petanda terkuat model facelift Malaysia dengan enjin 1.5L TGDi sahaja 02

Enjin 1.8L pada Proton X70.

Dalam sudut lain, penghentian keluaran ini bermaksud Proton sedang mempersiapkan kilang untuk X70 facelift yang dijangka membuat pelancaran pada tahun 2024. Kalau anda nak tahu, X70 1.8 adalah satu-satunya model Proton yang pakai enjin ini. Jadi untuk lebih efisien, agak logik untuk Proton hanya menawarkan satu jenis enjin sahaja untuk X70 akan datang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Produksi Proton X70 1.8 dihentikan; petanda terkuat model facelift Malaysia dengan enjin 1.5L TGDi sahaja 01

Perbezaan antara dua enjin tersebut.

Yang bakal menggantikannya nanti adalah nadi 1.5L turbo 3-silinder yang dipasang di Malaysia. Lagipun, enjin ini telahpun disesuaikan untuk X50, X70, X90 dan juga S70.

Seperti biasa, maklumat lanjut akan kami laporkan tetapi setakat ini, harga Proton X70 2023 yang dijual adalah seperti berikut:

  • Proton X70 1.5 TGDi Std 2WD: RM 98,800
  • Proton X70 1.5 TGDi Exec 2WD: RM 110,800
  • Proton X70 1.5 TGDi Exec AWD: RM 116,800
  • Proton X70 1.5 TGDi Premium 2WD: RM 123,800
  • Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD: RM 126,800
  • Proton X70 1.8 TGDi Premium 2WD: RM 128,800

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda