window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Semakin tua? Proton X70 hilang takhta C-SUV No.1, dirampas oleh Toyota Corolla Cross

Mersita · Jul 13, 2023 05:00 PM

Semakin tua? Proton X70 hilang takhta C-SUV No.1, dirampas oleh Toyota Corolla Cross 01

Sejak pelancarannya pada Disember 2018, Proton X70 ‘maintain steady’ sebagai SUV segmen C No.1 paling laris di Malaysia. Walau bagaimanapun setakat Januari 2023, X70 berjaya digulingkan daripada takhtanya.

Pendahulu jualan yang baru ialah Toyota Corolla Cross. Setakat Jun 2023, jualan kumulatif Proton X70 merekodkan 6,116 unit dan siaran akhbar Proton sendiri menyebut X70 sebagai “jualan kedua tertinggi SUV segmen-C” di Malaysia.

Semakin tua? Proton X70 hilang takhta C-SUV No.1, dirampas oleh Toyota Corolla Cross 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

UMW Toyota Motor tidak memperincikan ranking jualannya mengikut model, namun pemeriksaan lanjut menerusi maklumat awam daripada Malaysia Automotive Association (MAA) menunjukkan setakat Mei 2023 (data produksi Jun belum diterbitkan lagi setakat waktu penulisan), kilang Toyota di Bukit Raja, Klang telah mengeluarkan 6,437 unit Corolla Cross. Sebagai perbandingan, kilang Proton di Tanjung Malim, Perak mengeluarkan 4,857 unit X70 dalam tempoh 5 bulan yang sama.

Dengan mengambil kira masa menunggu purata 3 bulan untuk Corolla Cross, kita boleh rumuskan bahawa setiap satu unit yang dihasilkan sudahpun mempunyai pembeli. Bagi Proton X70 pula, ramai pengedar mendakwa yang mereka ada stok sedia ada untuk penyerahan segera kepada pembeli.

Semakin tua? Proton X70 hilang takhta C-SUV No.1, dirampas oleh Toyota Corolla Cross 01

Diakui, Proton X70 masih ‘menyengat’ jika dibandingkan dengan saingannya. Malah, ia mempunyai banyak kelebihan berbanding Corolla Cross. X70 mempunyai enjin berpengecas turbo yang lebih berkuasa, material kabin yang terasa lebih premium, pemanduan lebih senyap ketika dipandu laju di lebuh raya, dan macam-macam lagi. Akan tetapi, tidak dinafikan ia bergelut dengan ‘proses penuaan’ dan X70 mula terasa seperti kereta lama.

Proton X70 berasaskan Geely Boyue generasi pertama dari tahun 2016, maka tak hairanlah ia terasa seperti kereta lama

Di pasaran asalnya iaitu China, Geely Boyue sudahpun memasuki generasi kedua dengan model Boyue L yang berlandaskan platform CMA baharu. Boyue generasi pertama yang lama pula masih dijual bersama-sama Boyue L yang lebih baru sebagai alternatif lebih murah untuk konsumer di China.

Semakin tua? Proton X70 hilang takhta C-SUV No.1, dirampas oleh Toyota Corolla Cross 02

Geely Boyue L

Toyota Corolla Cross yang lebih baru pula didebut secara global pada Julai 2020, iaitu 4 tahun selepas Geely Boyue. Dalam istilah jangka hayat manusia, ia bersamaan dengan hampir separuh daripada tahun-tahun kemuncak hidup seseorang. Seperti biasa, konsumer akan lebih tertarik kepada model lebih muda dan baru.

Bagaimanapun, pada Mac 2021 yang lalu, pembeli di Malaysia terpaksa menunggu Toyota Corolla Cross yang ditempah selama hampir setahun disebabkan oleh kekangan pandemik Covid-19.

Semakin tua? Proton X70 hilang takhta C-SUV No.1, dirampas oleh Toyota Corolla Cross 03

Walaupun dibelenggu faktor usia, Proton X70 masih lagi pilihan yang bagus buat masa ini. Tapi, apabila bersaing dengan Toyota, X70 tak mampu untuk menjadi sekadar kereta yang ‘bagus’ mahupun bergantung kepada cukai rendah sebagai ‘kereta nasional’ bagi menampung kekurangan dalam pelbagai aspek produk dan kualiti selepas-jualan.

Walaupun kuasa enjin Corolla Cross tidak setanding X70, daya tarikannya terletak pada penjimatan minyak yang hebat. Sukar bagi kita untuk menemui SUV lain yang dapat menyediakan pakej lebih seimbang, bagus dan menyeluruh berbanding Corolla Cross yang menawarkan gabungan kabin luas, selesa, penjimatan minyak, fungsi keselamatan, khidmat selepas-jualan hebat, dan nilai jual-semula yang terbukti kukuh.

Corolla Cross juga merupakan kenderaan hybrid No.1 paling laris di Malaysia. Berbeza dengan Proton X90 yang ‘mild-hybrid’, Corolla Cross ialah model ‘full-hybrid’ yang bermaksud ia boleh bergerak menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya ketika dipandu di dalam trafik urban henti-henti.

Semakin tua? Proton X70 hilang takhta C-SUV No.1, dirampas oleh Toyota Corolla Cross 04

Bagi mengekalkan daya tarikannya di pasaran, Proton kini memberi tawaran diskaun sehingga RM 7,000 untuk X70. Varian baru iaitu 1.5 TGDi Premium X baru saja diperkenalkan untuk X70, dengan warna eksklusif Quartz Black.

Varian baru 1.5 TGDi Premium X diposisikan di antara 1.5 TGDi Premium dan 1.8 TGDi Premium. Ia menggabungkan kelebihan pada 1.8 TGDi iaitu bumbung suria panoramik dengan enjin 1.5 TGDi GEP3 yang lebih jimat minyak.

Sebagai info, harga model-model Proton X70 2023 terkini di Malaysia adalah seperti berikut:

  • 1.5 TGDi Standard - RM 98,800
  • 1.5 TGDi Executive - RM 110,800
  • 1.5 TGDi Executive AWD - RM 116,800
  • 1.5 TGDi Premium - RM 123,800
  • 1.5 TGDi Premium X - RM 126,800
  • 1.8 TGDi Premium X - RM 128,800

Juga baca: Proton X70 2023 Premium kini ada varian X - tambah bumbung panoramik & pilihan warna Quartz Black

Proton X70 boleh didapati dalam dua pilihan enjin – samada enjin baru yang lebih jimat minyak iaitu 1.5 liter TGDi 3 silinder (177 PS / 255 Nm) ataupun 1.8 liter TGDi 4 silinder (184 PS / 300 Nm) – kedua-duanya berpengecas turbo dan digandingkan dengan kotak gear automatik dwi-klac 7 kelajuan.

Hanya varian Executive AWD yang ada pacuan semua roda. Semua varian lain ialah pacuan roda hadapan.

Semakin tua? Proton X70 hilang takhta C-SUV No.1, dirampas oleh Toyota Corolla Cross 05

Toyota Corolla Cross pula boleh didapati dalam 4 varian dengan harga seperti berikut:

  • 1.8G - RM 130,400
  • 1.8V - RM 137,400
  • 1.8 Hybrid - RM 142,000
  • 1.8 GR Sport - RM 142,000

Toyota Corolla Cross didatangkan dalam dua pilihan enjin – 1.8 liter ‘naturally aspirated’ 4 silinder (139 PS / 172 Nm) digandingkan dengan kotak gear automatik CVT dan 1.8 liter hybrid (98 PS / 142 Nm daripada enjin, 72 PS / 163 Nm daripada motor) yang digandingkan dengan gearset planetary ‘belt-less’ E-CVT.

Semakin tua? Proton X70 hilang takhta C-SUV No.1, dirampas oleh Toyota Corolla Cross 06

Varian GR Sport adalah berdasarkan varian 1.8V, namun dengan naiktaraf chassis lebih padu.

Semua varian Corolla Cross ialah pacuan roda hadapan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda