window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Cross spec Jepun bakal ada 'update' pada Oktober 2023 - enjin 2.0 Dynamic Force & kluster baru

Faisal · Jul 29, 2023 10:00 AM

Toyota Corolla Cross spec Jepun bakal ada 'update' pada Oktober 2023 - enjin 2.0 Dynamic Force & kluster baru 01

Sejak membuat debut global pada 2020, sambutan Toyota Corolla Cross dilihat begitu membanggakan dan betul-betul menyambung legasi Corolla sebagai kereta paling laku di dunia. Pada September 2021, crossover ini diperkenalkan di negara sendiri iaitu Jepun dengan wajah yang sedikit berbeza dengan pasaran lain. Menariknya, sumber dari Creative311 baru-baru ini memaklumkan bahawa ia akan menerima beberapa kemaskini pada Oktober 2023.

Toyota Corolla Cross spec Jepun bakal ada 'update' pada Oktober 2023 - enjin 2.0 Dynamic Force & kluster baru 02

Kata sumber itu, pengedar Toyota di Jepun dijangka menerima perubahan harga untuk Corolla Cross pada akhir Ogos beserta butiran penuh.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaTempoh menunggu 1 tahun, Jepun menangguhkan tempahan untuk Toyota Corolla Cross Hybrid!

Toyota Corolla Cross spec Jepun bakal ada 'update' pada Oktober 2023 - enjin 2.0 Dynamic Force & kluster baru 01

Dari segi trenkuasa, varian hybrid dijangka kekal dengan enjin 1.8L tetapi mungkin diperbaharui dengan Toyota Hybrid System (THS) generasi ke-5.

Teknologi yang lebih baru ini mungkin kekal dengan output 122 PS tetapi ia sepatutnya menawarkan lebih penjimatan petrol.

Toyota Corolla Cross spec Jepun bakal ada 'update' pada Oktober 2023 - enjin 2.0 Dynamic Force & kluster baru 02

Enjin 2.0L.

Apapun, varian petrol convensional iaitu yang berenjin 1.8L NA 2ZR-FAE (140 PS/170 Nm) mungkin diganti dengan nadi 2.0L Dynamic Force (169 PS, 201 Nm). Enjin ini banyak digunakan di peringkat global, contohnya di pasaran Ausralia.

Juga bacaAustralia lancar Toyota Corolla Cross 2023; 'spec' lagi padu - 2.0L Dynamic Force, EPB, moonroof, CarPlay nirwayar!

Toyota Corolla Cross spec Jepun bakal ada 'update' pada Oktober 2023 - enjin 2.0 Dynamic Force & kluster baru 03

Model di pasaran Australia.

Selain trenkuasa baru, satu lagi pembaharuan yang disebut-sebutkan adalah kluster digital 12.3 inci yang mungkin hanya ditawarkan pada varian atas. Varian bawah pula mungkin kekal dengan kombinasi meter analog dan digital 7 inci.

Satu lagi kemaskini yang dispekulasikan adalah penawaran ciri ADAS Toyota Safety Sense seperti di bawah:

  • Lane Departure Alert (LDA)
  • Driver error response system
  • Proactive Driving Assist (PDA)

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda