window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Australia lancar Toyota Corolla Cross 2023; 'spec' lagi padu - 2.0L Dynamic Force, EPB, moonroof, CarPlay nirwayar!

Faisal · Oct 13, 2022 07:00 PM

Australia lancar Toyota Corolla Cross 2023; 'spec' lagi padu - 2.0L Dynamic Force, EPB, moonroof, CarPlay nirwayar! 01

Toyota Corolla Cross 2023 baru sahaja dilancarkan di Australia dan di sana, ia ditawarkan sehingga 8 varian, pilihan pacuan roda depan atau semua roda dan pilihan enjin petrol NA atau hibrid.

Australia lancar Toyota Corolla Cross 2023; 'spec' lagi padu - 2.0L Dynamic Force, EPB, moonroof, CarPlay nirwayar! 02

Australia lancar Toyota Corolla Cross 2023; 'spec' lagi padu - 2.0L Dynamic Force, EPB, moonroof, CarPlay nirwayar! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara teknikal, ia menggunakan enjin 2.0L NA Dynamic Force. Varian petrol biasa (M20-FKS) menghasilkan 169 PS dan 201 Nm tork. Varian hibrid pula menggunakan unit M20A-FXS dan ia menghembuskan 196 PS dan 190 Nm tork.

Australia lancar Toyota Corolla Cross 2023; 'spec' lagi padu - 2.0L Dynamic Force, EPB, moonroof, CarPlay nirwayar! 01

Kadar penggunaan bahan api untuk enjin petrol adalah 6 liter/100 km. Enjin hibrid pula hanya 4.3 liter/100 km.

Australia lancar Toyota Corolla Cross 2023; 'spec' lagi padu - 2.0L Dynamic Force, EPB, moonroof, CarPlay nirwayar! 02

Australia lancar Toyota Corolla Cross 2023; 'spec' lagi padu - 2.0L Dynamic Force, EPB, moonroof, CarPlay nirwayar! 03

Australia lancar Toyota Corolla Cross 2023; 'spec' lagi padu - 2.0L Dynamic Force, EPB, moonroof, CarPlay nirwayar! 04

Antara ciri standard yang ada termasuklah brek parkir elektrik (EPB) dengan auto brake hold, rim 17 inci (varian lebih atas pakai saiz 18 inci yang mempunyai reka bentuk unik) serta lampu depan dan belakang jenis LED. Uniknya, grafik lampunya juga sedikit berbeza dengan apa yang ada di pasaran kita.

Australia lancar Toyota Corolla Cross 2023; 'spec' lagi padu - 2.0L Dynamic Force, EPB, moonroof, CarPlay nirwayar! 05

Australia lancar Toyota Corolla Cross 2023; 'spec' lagi padu - 2.0L Dynamic Force, EPB, moonroof, CarPlay nirwayar! 06

Varian lebih atas pula hadir dengan penyaman udara dwi-zon automatik, pemanas tempat duduk depan dan perehat tengan di tempat duduk belakang. Menariknya, Corolla Cross varian teratas iaitu Atmos didatangkan eksklusif dengan bumbung suria panoramik.

Australia lancar Toyota Corolla Cross 2023; 'spec' lagi padu - 2.0L Dynamic Force, EPB, moonroof, CarPlay nirwayar! 07

Australia lancar Toyota Corolla Cross 2023; 'spec' lagi padu - 2.0L Dynamic Force, EPB, moonroof, CarPlay nirwayar! 08

Satu lagi, varian lebih atas buat Corolla Cross di Australia turut lengkap dengan kluster digital 12 inci.

Australia lancar Toyota Corolla Cross 2023; 'spec' lagi padu - 2.0L Dynamic Force, EPB, moonroof, CarPlay nirwayar! 09

Australia lancar Toyota Corolla Cross 2023; 'spec' lagi padu - 2.0L Dynamic Force, EPB, moonroof, CarPlay nirwayar! 10

myToyota Connect App juga termasuk. Pemilik kiranya boleh kawal beberapa fitur dengan hanya menggunakan telefon.

Bercakap mengenai kelengkapan, sistem audio JBL dengan 9 pembesar suara juga ada dan dari segi infotainment, varian asas hadir dengan saiz 8 inci, manakala varian atas datang dengan saiz 10.5 inci.

Australia lancar Toyota Corolla Cross 2023; 'spec' lagi padu - 2.0L Dynamic Force, EPB, moonroof, CarPlay nirwayar! 11

Untuk makluman anda, sokongan Apple CarPlay/Android Auto jenis tanpa wayar juga didatangkan sekali.

Australia lancar Toyota Corolla Cross 2023; 'spec' lagi padu - 2.0L Dynamic Force, EPB, moonroof, CarPlay nirwayar! 12

Active Parking Assist sedang beraksi.

Dari segi keselamatan, Corolla Cross di Australia lengkap dengan ADAS Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi:

  • All-speed Active Cruise Control dengan curve speed reduction
  • Lane Departure Alert dengan steering assist
  • Lane Change Assist
  • Autonomous emergency braking dengan pedestrian dan daytime cyclist detection
  • Road Sign Assist
  • Automatic High Beam
  • Blind spot assist dengan rear-cross traffic alert

Australia lancar Toyota Corolla Cross 2023; 'spec' lagi padu - 2.0L Dynamic Force, EPB, moonroof, CarPlay nirwayar! 13

Menariknya, ciri parkir automatik yang dikenal sebagai Active Parking Assist juga ada pada Corolla Cross mereka.

Australia lancar Toyota Corolla Cross 2023; 'spec' lagi padu - 2.0L Dynamic Force, EPB, moonroof, CarPlay nirwayar! 14

Di sana, harga Corolla Cross ditawarkan dari 33,000 AUD (~RM 97,000) hingga 49,050 AUD (~RM 144,176) dan ia diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun.

Juga bacaBocor: Spesifikasi Toyota Corolla Cross pasaran Jepun ada EPB, 'sunroof' dan rekaan gril berbeza!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda