window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Toyota Corolla Cross mungkin bakal menjadi model GR Sport selepas Vios!

Haris · Jan 9, 2023 11:59 AM

Spyshot: Toyota Corolla Cross mungkin bakal menjadi model GR Sport selepas Vios! 01

Toyota Corolla Cross boleh didapati dalam tiga varian, 1.8E asas dari RM 130,400, 1.8G pertengahan pada RM 137,400, manakala varian Hybrid teratas bermula dari RM 142,000.

Menariknya, varian keempat mungkin kini dalam perancangan. Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh pengguna AJ Felix, UMW Toyota Motor dijangka akan melancarkan varian GR Sport yang lebih sporty daripada Toyota Corolla Cross biasa.

Spyshot: Toyota Corolla Cross mungkin bakal menjadi model GR Sport selepas Vios! 02

Toyota Corolla Cross Hybrid

Versi GR-Sport yang ditawarkan pengedar Toyota di Thailand dan Indonesia cenderung kepada model sentuhan kosmetik sahaja tetapi UMW Toyota Motor selalunya melakukan penjenamaan GR yang lebih serius. Oleh itu, kami tidak menolak sebarang kemungkinan pengukuhan casis mahupun peningkatan pengendalian SUV ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Vios GR Sport tempatan misalnya telah menaik taraf sistem gantungan dan pemetaan penghantaran yang lebih sporty. Pengukuhan casis yang mungkin boleh dilakukan pada Toyota Corolla Cross.

Spyshot: Toyota Corolla Cross mungkin bakal menjadi model GR Sport selepas Vios! 01

Model pasaran Thailand. Model spesifikasi tempatan mungkin berbeza

Penggayaan GR Sport di dalam dan di luar tentu akan diberikan dan kami mengesyaki bahawa terdapat kemungkinan bahawa terdapat sepasang lampu belakang bergaya smoke baharu, seperti Toyota Corolla Cross GR Sport pasaran Thailand.

Baca: Jualan Honda HR-V pada September 2022 di Thailand teruk; Corolla Cross dijual hampir 4x lebih banyak!

Spyshot: Toyota Corolla Cross mungkin bakal menjadi model GR Sport selepas Vios! 02

Toyota Corolla Cross GR-Sport pasaran Thailand

Rim 10-jejari baharu juga sesuatu yang baharu. Plat krom Toyota Corolla Cross pada tiang-C dan jalur tingkap juga digantikan dengan bahan yang kelihatan lebih pusam.

Jangkakan pengumuman model baharu ini akan dibuat selepas Tahun Baru Cina. Ketika ini, Toyota Corolla Cross mengalami sambutan yang baik dengan 17,208 unit terjual pada tahun 2022.

Baca: Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai...

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda