window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot samaran Proton X70 misteri di Malaysia - pakai wajah Geely Boyue Pro?

Faisal · Jul 14, 2023 05:29 PM

Spyshot samaran Proton X70 misteri di Malaysia - pakai wajah Geely Boyue Pro? 01

Sebentar tadi, pembaca kami iaitu Greg Fernando telah menghantar beberapa set gambar yang berupa sebuah Proton X70 dengan pelekat samaran. Secara tidak langsung, kelibat itu menandakan bahaw model facelift buat Proton X70 mungkin sedang giat dibangunkan.

Spyshot samaran Proton X70 misteri di Malaysia - pakai wajah Geely Boyue Pro? 02

Spyshot samaran Proton X70 misteri di Malaysia - pakai wajah Geely Boyue Pro? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot samaran Proton X70 misteri di Malaysia - pakai wajah Geely Boyue Pro? 01

Geely Boyue Pro.

Diintip di Subang, Proton X70 ini memakai samaran yang menutupi hampir kesemua bahagian depan. Bahagian belakangnya pula melibatkan seksyen tepi dan bampar. Menariknya, siluet dan reka bentuk pada unit ini nampak seakan sama dengan Geely Boyue Pro.

Spyshot samaran Proton X70 misteri di Malaysia - pakai wajah Geely Boyue Pro? 02

Apapun, penerapan elemen dari model itu mungkin agak mustahil kerana kos yang diperlukan lebih tinggi.

Bagi anda yang belum tahu, Boyue Pro adalah versi lebih atas daripada Geely Boyue (ibarat macam iPad vs iPad Pro).

Spyshot samaran Proton X70 misteri di Malaysia - pakai wajah Geely Boyue Pro? 03

Model sedia ada.

Setakat ini, belum ada sebarang pengesahan akan kemaskini yang bakal disaksikan. Apapun, X70 sudah agak lama dalam pasaran dan pembaharuan pasti diperlukan. Perkara ini terbukti apabila takhta jualannya sudahpun dirampas oleh Toyota Corolla Cross.

Juga bacaSemakin tua? Proton X70 hilang takhta C-SUV No.1, dirampas oleh Toyota Corolla Cross

Secara amnya, model sekarang ditawarkan dengan enjin 1.8L turbo dan 1.5L turbo 3-silinder. Harga dan penawaran adalah seperti di bawah:

  • 1.5 TGDi Standard 2WD: RM 98,900
  • 1.5 TGDi Executive 2WD: RM 110,800
  • 1.5 TGDi Executive AWD: RM 116,800
  • 1.5 TGDi Premium 2WD: RM 123,800
  • 1.5 TGDi Premium X 2WD: RM 126,800
  • 1.8 TGDi Premium 2WD: RM 128,800

Juga bacaProton X70 2023 dinaiktaraf - ada 6 varian, ini perbezaan setiap satu

@wapcar_zamil Amacam gang, baloi beli ke tidak? #protonx70 #carmalaysia #learnontiktok #fypmalaysia #tahukahanda #x70 #malaysia ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda