Padah 'menduga' kelajuan motosikal di kawasan pembinaan lebuhraya SUKE, 9 motosikal disita!

Khairil · Aug 24, 2021 03:00 PM

Padah 'menduga' kelajuan motosikal di kawasan pembinaan lebuhraya SUKE, 9 motosikal disita! 01

Polis Daerah Ampang Jaya menerusi satu Operasi Khas Motosikal menahan sekumpulan remaja yang disyaki menduga kelajuan motosikal masing-masing di kawasan pembinaan Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Menerusi perkongsian di laman sosial rasminya, operasi berkenaan dilancarkan susulan aduan yang diterima daripada orang awam.

Juga baca: Layan aksi lumba haram di malam raya, melayang RM 1k seorang!

Padah 'menduga' kelajuan motosikal di kawasan pembinaan lebuhraya SUKE, 9 motosikal disita! 01

Sumber imej: FB Polis Daerah Ampang Jaya

Dalam operasi tersebut, didapati sekumpulan remaja sedang berkumpul diatas lebuhraya berkenaan yang disyaki bertujuan untuk menduga kelajuan motosikal masing-masing. 

Hasil operasi daripada Unit Polis Peronda Lebuhraya (HMPV) itu, sejumlah 9 buah motosikal ditahan dan disita serta dibawa balik ke Balai Trafik untuk tindakan lanjut.

Selain itu, sejumlah 22 keping saman dikeluarkan diatas pelbagai kesalahan.

Padah 'menduga' kelajuan motosikal di kawasan pembinaan lebuhraya SUKE, 9 motosikal disita! 02

Sebagai info, negeri Selangor juga masih berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sekaligus menyaksikan tindakan remaja berkenaan turut melanggar SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Juga baca: 'Port' layan lumba haram di MMR2 diserbu polis, ibu mengandung antara terbabit!

Padah 'menduga' kelajuan motosikal di kawasan pembinaan lebuhraya SUKE, 9 motosikal disita! 03

Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE). Sumber: HMetro

Untuk makluman, Lebuhraya SUKE masih dalam pembinaan dan belum dibenarkan untuk digunakan oleh kenderaan awam.

Justeru, Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan lebuhraya tersebut selagi ia masih belum dibuka kepada pengguna.

Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan yang dilakukan Polis Daerah Ampang Jaya itu terutama bagi memastikan kesejahteraan awam.

Padah 'menduga' kelajuan motosikal di kawasan pembinaan lebuhraya SUKE, 9 motosikal disita! 04

Padah 'menduga' kelajuan motosikal di kawasan pembinaan lebuhraya SUKE, 9 motosikal disita! 05

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Toyota Corolla Cross 1.8G

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru