window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Penggunaan ekzos ‘perang’ hanya trend, kelajuan meningkat sedikit saja - Wazi

Khairil · Mar 13, 2021 06:00 PM

Penggunaan ekzos ‘perang’ hanya trend, kelajuan meningkat sedikit saja - Wazi 01

Sebagai bekas pelumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid atau diberi julukan 'Raja Kapcai' sudah pasti sudah cukup masak dan 'expert' dengan selok belok dunia permotoran.

Dan ketika negara sedang 'panas' dengan isu ekzos bising atau 'perang' susulan tindakan tegas pihak berkuasa, Wazi tampil menyuarakan pandangannya mengenai situasi berkenaan.

Penggunaan ekzos ‘perang’ hanya trend, kelajuan meningkat sedikit saja - Wazi 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurutnya, dia menyokong usaha pihak berkuasa membendung penggunaan ekzos motosikal yang diubah suai dan bingit yang menjadi trend pengguna motosikal terutama golongan remaja.

Ini kerana tindakan itu sememangnya salah dan mengganggu ketenteraman awam dan peningkatan kelajuan yang terhasil daripada penggunaan ekzos berkenaan hanyalah sedikit.

Penggunaan ekzos ‘perang’ hanya trend, kelajuan meningkat sedikit saja - Wazi 01

“Kalau nak kata pakai ekzos yang diubah suai semata-mata mampu meningkatkan pecutan motor, ia tidak benar. Kalau ada pun peningkatan pecutan pun hanya sedikit, tak sampai 30 peratus. Ada bahagian motosikal lain kena diubah suai jika mahu meningkatkan pecutan motosikal, bukan hanya ekzos.

“Anggapan ekzos ini menambah kelajuan motosikal adalah antara sebab penggunaannya menjadi trend dalam kalangan anak muda bermotosikal sekarang, selain mahu menunjuk-nunjuk.

“Saya menyokong usaha pihak berkuasa membanteras penggunaan ekzos yang diubah suai ini,” katanya memetik laporan Utusan Online.

Penggunaan ekzos ‘perang’ hanya trend, kelajuan meningkat sedikit saja - Wazi 02

Sekalipun turut menyokong tindakan pihak berkuasa mengenakan denda tinggi terhadap pemilik kenderaan yang didapati bersalah mengubah suai ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam, namun Wazi turut berpendapat ia perlu mengunakan pendekatan budi bicara.

“Tak dinafikan mungkin ada di antaranya yang mencari rezeki menggunakan motosikal. Saya cadangkan pihak berkuasa guna budi bicara sebagai proses mendidik dalam kes-kes sedemikian.

Penggunaan ekzos ‘perang’ hanya trend, kelajuan meningkat sedikit saja - Wazi 03

“Tetapi jika tertangkap semasa operasi pihak berkuasa seperti pada malam minggu, mereka wajar dikenakan hukuman,” katanya.

Penggunaan ekzos ‘perang’ hanya trend, kelajuan meningkat sedikit saja - Wazi 04

Mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959), pihak berkuasa boleh menyaman pesalah yang melakukan ubahsuai tidak sepatutnya kepada kenderaan mereka dan di bawah peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, polis diberikan kuasa menyita motosikal bagi mengelakkan kesalahan sama berulang.

Sumber imej: Facebook waziabdulhamid

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda