window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

PKP 3.0: Keruntuhan ekonomi, kegusaran politik jika tunggu sehingga Oktober – Pakar ekonomi

Mersita · Jun 16, 2021 06:00 PM

PKP 3.0: Keruntuhan ekonomi, kegusaran politik jika tunggu sehingga Oktober – Pakar ekonomi 01

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara dalam satu perutusan khas semalam, dimana strategi pemulihan dibahagikan kepada empat fasa dan akan membabitkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.

Namun, beberapa pakar ekonomi merasakan pelan pemulihan berkenaan perlu lebih jelas dan tangkas bagi kesejahteraan ekonomi dan kelangsungan hidup rakyat.

PKP 3.0: Keruntuhan ekonomi, kegusaran politik jika tunggu sehingga Oktober – Pakar ekonomi 02

Prof Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera

Menurut temubual oleh Free Malaysia Today (FMT), profesor dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera, berpendapat bahawa jika kita tunggu sehingga bulan Oktober untuk membuka semua sektor, kita mungkin akan mengalami keruntuhan ekonomi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beliau berkata semakin banyak perniagaan akan gulung tikar dan ekonomi serta kehidupan akan terjejas. “Saya rasa kegusaran politik juga mungkin akan berlaku,” tambah beliau.

PKP 3.0: Keruntuhan ekonomi, kegusaran politik jika tunggu sehingga Oktober – Pakar ekonomi 01

Carmelo Ferlito. Foto: The Sun Daily

Pakar lain termasuklah Carmelo Ferlito, Ketua Pegawai Eksekutif Center for Market Education, juga berkongsi sentimen yang serupa. Beliau menganggap pelan pemulihan berkenaan kurang jelas dari segi pemulihan ekonomi serta usaha untuk memerangi peningkatan jumlah jangkitan COVID-19.

“Mana strateginya? Kami belum nampak satu strategi mahupun pelan (yang jelas). Kami hanya nampak senarai tarikh dan fasa-fasa yang dikaitkan dengan penurunan jumlah kes baru harian,” kata Carmelo kepada FMT.

PKP 3.0: Keruntuhan ekonomi, kegusaran politik jika tunggu sehingga Oktober – Pakar ekonomi 02

Sumber: Twitter @KKMPutrajaya

Beliau berpendapat bahawa jumlah kes harian akan meningkat lagi pada kadar yang lebih cepat sedang rakyat terbeban dengan kelesuan prosedur operasi standard (SOP) jika strategi yang komprehensif tidak dijalankan.

Baca juga: PKP 3.0 takkan seteruk ini jika Malaysia berfikiran seperti Toyota. Apa kaitannya?

PKP 3.0: Keruntuhan ekonomi, kegusaran politik jika tunggu sehingga Oktober – Pakar ekonomi 03

Dr. Barjoyai Bardai

Disamping itu, seorang lagi pakar ekonomi, Dr. Barjoyai Bardai, Penasihat Kewangan Al Medinah International University, berkata beliau percaya jangka masa bagi keempat-empat fasa pemulihan yang diumumkan akan bergantung kepada kejayaan mengekang COVID-19 daripada terus menular.

Beliau merasakan yang kerajaan perlu mengorak langkah bagi membantu peniaga-peniaga dan menambah peluang pekerjaan. Satu langkah utama ialah untuk melatih para pekerja bagi meningkatkan atau menambah kebolehan mereka sebagai persediaan untuk pembukaan semula semua sektor.

Baca juga: 

Susulan fasa kedua PKP 3.0, HYLM lanjut penutupan operasi hingga 28 Jun!

Patuhi ‘lockdown’, Honda dan Toyota umum tangguh pengeluaran

PKP 3.0: Keruntuhan ekonomi, kegusaran politik jika tunggu sehingga Oktober – Pakar ekonomi 04

Food Bank untuk pemberian bekalan makanan percuma semakin rancak ditubuhkan di sekitar negara oleh orang awam dan NGO bagi membantu mereka yang hilang pendapatan

“Sasarannya realistik, tapi ia hanyalah untuk menguruskan pandemik ini. Rakyat mungkin mahu tahu lebih lanjut tentang usaha-usaha yang akan dijalankan untuk memulihkan semula ekonomi. Kerajaan perlu mula mengumumkan rancangan mereka sekarang juga,” ujar beliau.

Baca juga: PKP 3.0: Kerajaan rugi RM 1 bilion setiap hari kerana pelaksanaan PKP

PKP 3.0 Penuh atau ‘total lockdown’ mula dikuatkuasakan pada 1 Jun 2021 selama dua minggu dan ia dilanjutkan lagi bermula 15 Jun sehingga 28 Jun 2021. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan rugi RM 1 bilion sehari bagi pelaksanaan PKP 3.0 ini. Pakej stimulus ekonomi dan bantuan kewangan yang diumumkan menerusi Pemerkasa Plus baru-baru juga ini melihat kerajaan membelanjakan RM 40 bilion dengan suntikan langsung fiskal sebanyak RM 5 bilion.

Menurut fasa-fasa peralihan PKP yang diumumkan, aktiviti rentas negeri dijangka akan dibenarkan menjelang hujung tahun 2021 dimana imuniti kelompok dijangka bakal tercapai. Apa pendapat anda, Malaysia Bolehkah?

Sumber berita: FMT

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda