window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Wira nak 'convert' Evo ‘ditogelkan’ mekanik, wanita belum dedah lokasi bengkel JB?

Mersita · Nov 9, 2021 07:30 PM

Proton Wira nak 'convert' Evo ‘ditogelkan’ mekanik, wanita belum dedah lokasi bengkel JB? 01

Satu video yang dimuatnaik ke TikTok mula tular sejak semalam, menunjukkan sebuah Proton Wira yang didakwa ‘ditogelkan’ oleh mekanik di sebuah bengkel usang di Johor Bahru.

Video tersebut menunjukkan sebuah Proton Wira berwarna kelabu yang terbengkalai di kawasan terbuka dan tempat duduk di dalamnya ditanggalkan sepenuhnya. Ruang enjin, jejaring, lampu hadapan serta bampar hadapan Proton Wira itu juga dikosongkan dan ditanggalkan.

@ain_jeman Sedih lagi banyak dari marah 🥲 banyak kenangan dengan kereta ni 🥲 orang jb tolong ainnn pleasee 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 #viralvideo #fypシ #fypage ♬ Sedih - Instrumental - Asraf Studio

“Sedih lagi banyak dari marah. Banyak kenangan dengan kereta ni. Orang JB tolong Ainnn, please,” tulis kapsyen video tersebut yang dimuatnaik oleh akaun @ain_jeman.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tulisnya lagi, “Ya Allah, menggigil tangan tahan marah dan sedih tengok kereta macam ni. Banyak kali call, banyak alasan dibagi. Harini nekad terjah bengkel dia. Luluhnya hati aku.” Berdasarkan kenyataan ini, Proton Wira ini didakwa miliknya dan mekanik bengkel itu telah menipunya.

Proton Wira nak 'convert' Evo ‘ditogelkan’ mekanik, wanita belum dedah lokasi bengkel JB? 01

Tangkap layar bahagian komen video tersebut

Namun, apabila ditanya tentang lokasi bengkel berkenaan, @ain_jeman hanya memberitahu bengkel tersebut ada sebuah rumah kayu di hadapannya, dan ‘zink bengkel’ itu terletak di belakang rumah itu. Ada banyak kereta terbengkalai, katanya.

Ramai pengguna TikTok yang mendakwa ingin membantu mahukan maklumat lebih jelas tentang lokasi bengkel berkenaan.

Proton Wira nak 'convert' Evo ‘ditogelkan’ mekanik, wanita belum dedah lokasi bengkel JB? 02

Dalam satu lagi video yang dimuatnaik olehnya, dia menceritakan Proton Wira tersebut dihantar ke bengkel berkenaan kerana bateri Wira tersebut habis ketika PKP bermula pada Mac tahun lalu. Memandangkan mekanik itu satu-satunya 'pomen' yang dikenalinya di JB, dia meletakkan kepercayaan kepada bengkel tersebut.

@ain_jeman Reply to @zaharulnizam1 yang tanya pasal bengkel tu.. nanti saya pergi lagi bengkel orang tu tunjuk jalan ke bengkel tu 🙏🏻#fypage #fyp #tolongbantu ♬ original sound - 🌟

"Alang-alang kereta kat dia, saya suruhlah dia convert Evo sekali. Masa nak convert Evo tu, duit untuk convert dibayar secara ansuran. Jumlah keseluruhan yang dah dibayar RM 12,000," katanya.

Namun, dia mula kecewa dan ragu-ragu apabila mekanik tersebut memberi pelbagai alasan dan enggan memberinya gambar kereta tersebut. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke bengkel tersebut dan memeriksa keadaan keretanya, namun dia hampa melihat keretanya sudah ditogelkan.

Proton Wira nak 'convert' Evo ‘ditogelkan’ mekanik, wanita belum dedah lokasi bengkel JB? 03

Beberapa pengguna TikTok meninggalkan komen nasihat seperti mencadangkannya untuk membuat laporan ke tribunal pengguna dan mendapatkan bantuan kenalan lelaki. Namun, setakat penulisan ini, soalan orang ramai tentang lokasi sebenar bengkel berkenaan belum terjawab.

Baca juga: 

Dah tahun 2021, kenapa Proton Wira kekal kereta #1 paling kerap dicuri? Inilah 4 sebab utama!

Penipuan berbilion RM setiap tahun, industri insuran kenderaan Malaysia perlu dirombak

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda