window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sinar harapan buat pengusaha ‘car wash’, aksesori dan pengedar kereta

Haris · Aug 17, 2021 01:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sinar harapan buat pengusaha ‘car wash’, aksesori dan pengedar kereta 01

Gambar hiasan

Bagi pemilik pusat cuci kenderaan, Noor Aziah Fadzil, 44, dia melihat sinar harapan apabila perniagaannya mampu dibuka semula di samping mampu memberi gaji kepada 4 orang pekerjanya.

"COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) amat memberi kesan. Saya terpaksa melepaskan pusat cuci kereta yang lain kerana tidak mampu membayar sewa.

Sinar harapan buat pengusaha ‘car wash’, aksesori dan pengedar kereta 02

Gambar hiasan

"Jadi apabila dibenarkan membuka kembali kedai hari ini, kakitangan sangat lega dan kami amat menghargai keputusan kerajaan yang memahami keluh kesah dilalui penggiat 11 aktiviti ekonomi itu," katanya.

Dia turut menambah bahawa pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam aspek pematuhan SOP dan norma baharu.

Sinar harapan buat pengusaha ‘car wash’, aksesori dan pengedar kereta 03

Foto: Berita Harian

Selain itu, penasihat jualan Edaran Tan Chong Motor (Tengah) Sdn Bhd, Muhamad Faizal Zamir dilaporkan menyambut baik langkah ini dan sedang dilihat menjalankan sanitasi kereta baharu di bilik pameran pada hari pertama.

Walaubagaimanapun, kebanyakan pengedar dan pengilang dilihat masih mengambil langkah ‘tunggu dan lihat’ oleh kerana SOP pada peringkat negeri masih belum diputuskan.

Baca: Kilang kereta belum buka operasi hari ini walaupun diluluskan. Kenapa?

Sinar harapan buat pengusaha ‘car wash’, aksesori dan pengedar kereta 04

Gambar hiasan

Menurut tinjauan Wapcar.my, pengumuman pembukaan 11 sektor tersebut oleh kerajaan persekutuan disambut baik namun beberapa pengusaha besar tidak terburu-buru untuk membuka perniagaan.

Hal ini berikutan daripada penjelasan pihak berkuasa tempatan seperti Pulau Pinang dan Terengganu yang menegaskan bahawa negeri-negeri yang masih belum mencapai kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa sekurang-kurangnya 50% masih belum boleh dibuka.

Baca: Pengedar kereta rugi sekitar RM 14 billion untuk bulan Jun dan Julai 2021 - MAA

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda