window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Terlampau ‘high’, lelaki jual catalytic converter di Facebook lupa sorok dadah di belakang

Faisal · Oct 6, 2021 09:00 AM

Terlampau ‘high’, lelaki jual catalytic converter di Facebook lupa sorok dadah di belakang 01

Foto: 9GAG.

Seorang lelaki yang mahu menjual catalytic converter di Facebook Marketplace terkantoi apabila gambar hantarannya memperlihatkan bungkusan dadah jenis metamfetamin di belakang komponen tersebut.

Hantaran itu turut menayangkan sebilah jarum cucuk yang tertampang jelas di meja kopi rumah penjual tersebut.

Terlampau ‘high’, lelaki jual catalytic converter di Facebook lupa sorok dadah di belakang 02

Foto: 9GAG.

Seorang pembeli yang perasan akan imej bungkusan yang mencurigakan itu terus melaporkannya pada pejabat polis daerah Missouri, Amerika Syarikat.

Ketika diserbu, suspek yang berusia 38 tahun itu didapati masih mempunyai 48 gram metamfetamin. Malah, sepucuk pistol juga turut dijumpai.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Terlampau ‘high’, lelaki jual catalytic converter di Facebook lupa sorok dadah di belakang 01

Foto: 9GAG.

Ketika disoal siasat di balai polis, suspek itu menyatakan bahawa dia tidak sedar langsung bahawa ada bungkusan dadah dalam iklan jualannya.

Terlampau ‘high’, lelaki jual catalytic converter di Facebook lupa sorok dadah di belakang 02

Kantoi ye bang?

Oleh kerana perkara yang tidak diduga ini, komponen catalytic converter tersebut dihentikan jualan buat sementara waktu.

Sumber: 9GAG

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda