window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

(Video) Ahli perniagaan, REN kutuk kerjaya ‘rider’ p-hailing mohon maaf, akan cuba sendiri perit jadi ‘rider’

Mersita · Nov 15, 2021 04:30 PM

(Video) Ahli perniagaan, REN kutuk kerjaya ‘rider’ p-hailing mohon maaf, akan cuba sendiri perit jadi ‘rider’ 01

Sepasang ahli perniagaan dan perunding hartanah yang didapati mengutuk dan memperlekehkan kerjaya ‘rider’ p-hailing di media sosial telah memohon maaf secara terbuka, selain meletakkan jawatan dan dikenakan penggantungan lesen perunding hartanah (REN).

Permohonan maaf itu dibuat susulan kecaman hebat diterima dari orang ramai atas beberapa rakaman video yang dimuatnaik di media sosial, dimana pasangan berkenaan mengatakan ‘rider’ penghantar makanan "tiada masa depan" dan golongan yang memesan makanan ‘takeaway’ (‘tapau’/bungkus) "bukanlah orang berada".

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut video tersebut, ahli perniagaan wanita terlibat yang dikenali sebagai Maggie menerangkan dia bukannya memperlekehkan kerjaya 'rider', namun dia menegaskan bahawa ada banyak lagi pilihan lain di luar sana yang menjanjikan pulangan lebih lumayan. Menurutnya, apa gunanya menghantar makanan kepada orang yang tak berduit dan dimarahi pula jika lambat.

Selain itu, Maggie juga mendakwa nasib seseorang akan jadi lebih baik jika dia mengiklankan dan menjual produknya kepada orang-orang kaya. Kenyataan dibuat wanita itu disusuli dengan perunding hartanah lelaki berkenaan menayangkan jam tangan mahalnya yang dikatakan satu “reward” (hadiah) kepada dirinya sendiri.

Menurut laporan Sin Chew, Maggie yang juga pengasas Mingjia Group telah memohon maaf dan tunduk beberapa kali di hadapan barisan media bagi menunjukkan rasa kesalnya atas kejadian tersebut. Dia juga mengumumkan bahawa dia telah meletakkan jawatan korporatnya, termasuklah dari kumpulan syarikat yang diasaskannya sendiri.

Paul Lim, perunding hartanah dari Pulau Pinang yang terlibat dalam video itu juga telah memohon maaf dan berasa kesal atas kata-kata yang diluahkannya, lapor China Press. “Setiap kerjaya berhak dihormati, dan saya faham akan kebenaran ini sedalam-dalamnya,” katanya dalam nada sebak.

Paul juga menyatakan hasratnya untuk merasakan sendiri pengalaman bekerja sebagai ‘rider’ penghantar makanan bagi mendalami usaha dan keperitan mereka.

Malaysian Institute of Estate Agents (MIEA), badan kesatuan perunding dan ejen hartanah di Malaysia mengecam tindakan perunding hartanah ini sekeras-kerasnya dan mengingatkan para pengamal industri itu supaya sentiasa berhati-hati dalam kaedah pengiklanan mereka di mana-mana platform media sosial.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda