Toyota Estima – Raja MPV Malaysia suatu ketika dulu. MPV dah hilang takhta?

MPV suatu ketika dahulu adalah komoditi yang popular dan tiada yang lebih ‘lejen’ daripada Toyota Estima. Van berbentuk bujur telur yang unik ini pernah menjadi kegemaran para keluarga di Malaysia kerana ia serba-boleh dan mempunyai ruang dalaman yang luas.

Namun, legasi MPV Toyota ini malangnya sudah berlalu pergi. Secara senyap, Toyota telah menggugurkan Estima pada tahun 2019 dan tidak ramai yang perasan kematian MPV ini di pasaran kereta baru negara kita.

Kami sudahpun ceritakan bagaimana Estima generasi pertama berjaya menjadi satu ‘gamechanger’ dan bagaimana ia berhak dianggap sebagai ‘modern classic’. Oleh itu, kali ini kami akan tumpukan perhatian anda kepada 2 generasi berturut-turut untuk ikon kereta keluarga ini.

Estima generasi kedua – Inovatif dan futuristik

Tiada pintu belakang pada sebelah pemandu

Apabila Toyota melancarkan Estima generasi kedua, model generasi pertama yang menarik dan cukup inovatif sudah mula menunjukkan usia tuanya. Ya, bentuk bujur telurnya nampak comel tapi dengan hanya satu pintu gelongsor untuk masuk ke tempat duduk belakang menjadi satu kekurangan besar bila dibandingkan dengan MPV lain.

Toyota mula-mula menayangkan Estima generasi baru sebagai HV-M4 Concept pada tahun 1999 di Tokyo Motor Show. Rupa bentuk badannya yang membujur dikekalkan dan kereta konsep itu menayangkan papan pemuka yang nampak cukup menarik bagi era tahun 90-an. Konsol tengahnya juga memaparkan skrin televisyen dalam bentuk gelembung!

Apabila versi produksi Estima generasi kedua bermula pada tahun 2000, rupa bentuk futuristik kereta konsep tersebut dikekalkan bersama-sama dengan papan pemukanya yang nampak ‘cool’. Namun, skrin TV tersebut malangnya tidak dibawa sekali.

Satu lagi perubahan besar pada MPV tersebut ialah susun-atur tren kuasanya. Susun atur enjin tengah dengan pacuan roda belakang yang inovatif itu digantikan dengan susun atur yang lebih konvensional iaitu enjin hadapan, pacuan roda hadapan.

Namun, dengan keputusan ini, Toyota sebenarnya telah menambah-baik ruang dan keselesaan MPV tersebut. Malah, Estima generasi kedua dibina di atas platform Toyota K yang dikongsi dengan Camry pada masa itu.

Satu lagi penambahbaikan yang diberi pada Estima generasi kedua ialah satu lagi pintu gelongsor di sebelah kiri kereta yang dahulunya cuma ada di sebelah pintu pemandu. Ini membuatkan Estima lebih menarik di kalangan keluarga.

Tambahan pula, praktikalitinya dipertingkatkan dengan susun-atur tempat duduknya yang boleh didapati dalam pelbagai konfigurasi lipatan.

Sama seperti Estima yang sebelumnya, pembeli boleh memilih konfigurasi 6, 7, atau 8 tempat duduk. Tapi, Estima generasi kedua dikatakan lebih kecil kelebarannya dan lebih rendah berbanding generasi sebelumnya.

Di ruang dalamnya, penumpang diberi salur penghawa dingin dan lampu individu untuk keselesaan yang lebih lagi. Semua ini, ditambah lagi dengan rekaan papan pemukanya yang ‘funky’!

Papan pemuka Estima generasi kedua menawarkan kemudahan yang dipertingkatkan bagi pemandu dengan panel instrumen dan punat yang menghadap pemandu. Panel instrumen Optitron yang didatangkan juga diterangi dengan lampu dan ini amat memudahkan pemandu yang ingin mencari kawalan fungsi di dalam gelap.

Enjin 2.4 liter di dalam Tarago spesifikasi Australia

Di luar Jepun, Estima generasi kedua dijual di Eropah dan Australia dimana ia digelar Previa dan Tarago masing-masing. Previa spesifikasi Eropah ditawarkan dengan enjin 2.0 liter turbodiesel (116 PS/250 Nm) dan juga enjin 2.4 liter petrol (156 PS/225 Nm).

Kedua-dua varian didatangkan dengan kotak gear manual 5 kelajuan sebagai standard, tapi automatik 4 kelajuan didatangkan sebagai pilihan bagi varian petrol.

Tapi, nasib tidak menyebelahi Previa di Eropah kerana ini adalah generasi terakhir yang dijual di sana.

Estima Hybrid menayangkan reka bentuk hadapan yang berlainan

Di Jepun, Estima ditawarkan dengan enjin 2.4 liter, 3.0 liter V6 (220 PS/294 Nm), dan satu tren kuasa hibrid. Toyota Estima Hybrid merupakan MPV hibrid pertama dunia dan ia menjadi asas kepada MPV-MPV hibrid dalam dekad yang seterusnya.

Estima Hybrid dikuasakan oleh enjin petrol 2.4 liter yang digabungkan dengan 2 motor elektrik; satu di hadapan yang menjana 17 PS dan satu lagi di belakang yang menjana 24 PS.

Estima generasi ketiga – Van bujur telur konvensional

Jika Estima generasi kedua diberi rupa futuristik yang moden, model generasi ketiga pula secara amnya diberi perubahan yang agak sedikit saja. Toyota tidak mahu mengubah formula MPV ini, oleh itu semua elemen yang membuatkan Estima sebuah Estima, dikekalkan.

Reka bentuk bujur telur? Papan pemuka yang ‘funky’? Ruang dalaman yang luas dan praktikal? Semuanya masih ada!

Dilancarkan pada tahun 2006, Estima generasi ketiga mengekalkan susun-atur FF yang sama dengan generasi sebelumnya tapi diberi enjin yang lebih besar. Enjin V6 dinaiktaraf menjadi enjin 3.5 liter 2GR-FE yang menjana 280 PS dan 340 Nm. Ini kemudiannya dipadankan dengan kotak gear automatik 6 kelajuan.

Estima generasi ketiga didatangkan dengan enjin petrol 2.4 liter sebagai standard. Kali ini, janaan kuasanya dipertingkatkan kepada 170 PS dan ia dipadankan dengan kotak gear Super CVT-I 7 kelajuan dengan mode manual.

Previa menggunakan logo Toyota, menggantikan lencana Estima

Estima generasi ketiga juga menjadi model pertama yang dijual secara rasmi di Malaysia di bawah UMW Toyota (UMWT). Dilancarkan pada tahun 2014 tapi dijual sebagai Previa, MPV ini dijual pada harga RM 258 ribu. Hanya enjin 2.4 liter yang ditawarkan tapi ia dipadankan dengan kotak gear automatik 4 kelajuan.

Previa spesifikasi Malaysia didatangkan dengan kerusi berlapik fabrik sahaja, sesuatu yang agak menyedihkan sesetengah orang

Bagi MPV bersaiz besar yang dijual pada harga sebegitu, Previa spesifikasi Malaysia tidak begitu banyak kelengkapannya. Walaupun Estima Jepun dilengkapi dengan bantuan parkir, bantuan kekal lorong (LKA), dan kawalan radar peluncuran dinamik; semua ini tiada pada Previa yang dilengkapi dengan hanya 2 beg udara.

Oleh itu, tak hairanlah yang Previa tidak laku kerana orang Malaysia lebih gemarkan Estima dari pasaran bukan rasmi yang jelasnya menawarkan lebih banyak pilihan walaupun ia tidak disertai benda-benda seperti waranti. UMWT dengan senyapnya menggugurkan Previa tidak lama selepas itu.

Pada tahun 2016, Estima generasi ketiga diberi facelift besar-besaran termasuklah suite ADAS Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi AEB, ACC, LKA, dan BSM.

Memandangkan enjin V6 telah digugurkan, facelift ini hanya menawarkan dua pilihan enjin; enjin petrol 2.4 liter dan enjin hibrid 2.4 liter.

Dari nilai estetikanya, Estima facelift diberi rekaan hadapan yang lebih tajam dan ia membuatkannya nampak seperti Darth Vader.

Selain dari itu, Estima facelift juga merupakan produk pertama Toyota yang didatangkan dengan kaca anti-UV yang menyejukkan ruang kabin. Skin Cancer Foundation menyarankan kelengkapan ini dan ia mempunyai penilaian SPF 50+.

Namun, walaupun dengan naiktaraf yang besar ini, hakikatnya Estima generasi ketiga masih lagi dianggap sebuah MPV yang sudah lanjut usianya. Tahap popularitinya juga semakin menurun kerana pembeli lebih gemarkan Alphard / Vellfire yang lebih mewah dan cantik.

Estima hanya kekal dijual di Jepun. Tapi, dengan angka jualan yang hanya sipi-sipi mencecah 800 unit, Toyota membuat keputusan yang tibalah masanya untuk mengakhiri hayat van bujur telur yang ikonik ini.

Ini menjadi kenyataan pada tahun 2019 apabila Toyota menamatkan produksi Estima. MPV ini yang dahulunya pernah dianggap sebagai satu model moden yang menarik dan bergaya sudah dimatikan. Dalam jangka masa dimana angka jualan MPV menjunam di seluruh dunia, kita mungkin tidak akan dapat melihat MPV seperti Estima lagi di masa hadapan.

Tapi, suatu ketika dahulu, Estima sejujurnya sebuah raja MPV idaman keluarga yang menjadi sebati dengan kehidupan seharian pemiliknya. Dengan saiz keluarga moden yang semakin mengecil serta kepentingan gaya dari segala-galanya, MPV nyata hilang takhta yang kini jelas dirampas oleh SUV.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, ...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Perodua Alza

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model