Honda
Can anyone share their experience on used Honda Civic hybrid? Quality? Maintence? Inherent issues? Inherent issues?
36
Sepasang warga emas berusia 60-an yang baru sahaja selesai membeli barang keperluan di pasar Pekan Ranau pada pagi semalam (22 Jan) terkejut mendapati kereta Proton Iswara berwarna kelabu milik mereka hilang di tempat parkir.
Panik, mereka meminta bantuan orang ramai untuk mengesan semula kereta terbabit. Seperti biasa, media sosial digunakan kerana ‘kuasa viral’ dan netizen di Malaysia memang cukup pantas buat kerja.
Menurut Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Sammy Newton, pasangan terbabit juga menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau untuk membuat laporan. Bertindak atas maklumat yang diperolehi, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi untuk tindakan lanjut.
Sejurus tiba di lokasi, polis menemui kereta Iswara yang dilaporkan ‘hilang’ itu diletakkan hanya selang tujuh petak parkir dari lokasi disangka hilang. Iswara itu juga didapati tidak berkunci.
"Polis sudah menemui salah seorang pemilik kenderaan dan dia mengakui kecuaian sendiri disebabkan terlupa lokasi parkir kenderaan.
"Mujur tiada kerosakan atau kehilangan harta benda berlaku," katanya.
Rata-rata netizen yang menulis di ruangan komen Facebook Polis Daerah Ranau memuji kecekapan anggota PDRM Ranau dan juga orang awam yang membantu melicinkan kerja pihak polis.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
11