Semua sektor ekonomi dijangka boleh beroperasi semasa PKP

Mersita · Feb 3, 2021 11:30 AM

Semua sektor ekonomi dijangka boleh beroperasi semasa PKP 01

Seperti semua sudah sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir pada 4 Febuari 2021 kini telah dilanjutkan sehingga 18 Febuari 2021 dengan SOP yang diperketatkan.

Namun, seperti yang dilaporkan oleh The Star, ada sumber yang mengatakan semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi semula di bawah pelaksanaan PKP kali ini.

Sumber itu berkata semua sektor ekonomi akan dibuka, termasuklah sektor peruncitan, kerana mereka telahpun menerima maklumat daripada persatuan-persatuan perdagangan yang PKP kali ini telah memberi kesan yang lebih buruk kepada peniaga-peniaga kecil serta SME.

Semua sektor ekonomi dijangka boleh beroperasi semasa PKP 01

Gambar: Utusan

Kementerian yang bertanggungjawab untuk perniagaan telahpun memberi maklumbalas mereka dan menyatakan yang banyak perniagaan kecil, yang merangkumi sebahagian besar daripada ekonomi negara, tidak mampu bertahan dengan keadaan sekarang tanpa ruang bernafas, kata sumber itu lagi.

Walaubagaimanapun, SOP yang diperketatkan serta pengerahan lebih ramai anggota-anggota bertugas bagi memantau pematuhan SOP perlu dipertimbangkan. Setakat Selasa (2 Feb), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dikatakan belum lagi membincangkan perkata tentang memperkasakan jumlah anggota pemantau SOP.

Satu lagi sumber akhbar itu berkata MKN juga memutuskan yang sebahagian besar daripada syarat-syarat/SOP yang dikenakan di bawah PKP terkini akan dipertimbangkan mengikut ‘case by case’ atau kes-kes khas/tertentu.

Sumber berita: The Star

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru