Bagi sesetengah pemerhati, ramalan yang menyatakan pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli sebagai pencabar utama kejuaraan MotoGP 2021 nampak agak aneh.
Tetapi tidak bagi pelumba utama pasukan Ducati, Jack Miller kerana dia menyifatkan jaguh dari Itali itu memiliki kualiti untuk menakluk gelaran elit berkenaan.
Kata Miller, pandangan itu bukan omongan kosong malah ia berpandukan kepada kemampuan Morbidelli terutama pada saingan musim lalu yang menyaksikan dia menamatkan saingan di tangga kedua di belakang juara dunia dari Suzuki, Joan Mir.
"Saya fikir bagi pencabar terkuat saya, jika kita melihat kepada pada pertengahan saingan tahun lalu, pada pandangan saya ia pastinya Frankie," kata Miller yang menggantikan Andrea Dovizioso di Ducati.
Tahun lalu, Miller yang juga pelumba kelahiran Australia berlumba bersama pasukan satelit Ducati, Pramac Ducati dan menamatkan saingan di tangga ketujuh keseluruhan.
Sekalipun menamakan Morbidelli sebagai pencabar terkuatnya, Miller berkata adalah pelik jika pelumba yang akan bergandingan dengan legenda MotoGP, Valentino Rossi itu tidak menggunakan jentera spesifikasi utama dari Yamaha.
"Satu-satunya keraguan saya terhadapnya (Morbidelli) adalah dia menggunakan jentera yang lama, tiada penambahbaikkan. Jadi ia amat aneh bagi saya," katanya.
Selain Morbidelli, Miller turut menyatakan peluang untuk juara dunia Mir mengulangi kejayaan agak sukar selepas Suzuki kehilangan pengurus pasukan, Davide Brivio yang berhijrah ke F1.
Mengulas saingan pada musim 2021, Miller yang akan bergandingan dengan pelumba muda Itali, Francesco Bagnaia mengakui kesemua pelumba di atas grid cukup berkualiti.
"Ia menakjubkan. Kami perlu memberikan persembahan di kelas A dan melakukan yang paling terbaik."
Sumber berita. crash.net
Sumber imej: Facebook
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}