Sebagai perbandingan, Honda City RS di Malaysia menggunakan enjin hybrid dan Honda City hatchback di Thailand menggunakan enjin 1.0 liter turbo.
Enjin 1.5 liter L15B DOHC i-VTEC tersebut adalah enjin yang sama digunakan dalam model Honda City pasaran Malaysia.
Spesifikasi Honda City hatchback pasaran Indonesia |
Trenkuasa | 4 silinder 1.5 liter NA 121 PS @ 6,600 rpm 145 Nm @ 4,300 rpm CVT / 6 kelajuan manual |
Baca: Honda City RS tidak memerlukan kotak gear, eh?
Transmisi manual tersebut merupakan pilihan yang hanya unik di Indonesia. Malah, pasaran Thailand juga tidak mempunyai transmisi manual dan Honda Malaysia juga dijangka akan menawarkan transmisi automatik sahaja.
Selain dari itu, Honda City hatchback hanya tersedia dalam 1 varian sahaja iaitu varian RS. Ini bermakna ia tampil dengan 1 varian tetapi berbagai pilihan tambahan lain.
Terdapat 6 pilihan warna, iaitu Phoenix Orange Pearl / Rallye Red / Crystal Black Pearl / Lunar Silver Metallic / Platinum White Pearl / Meteoroid Gray Metallic.
Ciri-ciri Honda City Hatchback
Terdapat juga pilihan aksesori tambahan seperti aerokit yang merangkumi lip depan (dalam warna gentian karbon), diffuser belakang, perincian gelap pusam dan rim 16 inci.
Aksesori aerokit tersebut dibangunkan di pusat pembangunan Honda Research & Development (HRD) di Sakura, Jepun. Pusat ini juga merupakan pusat pembangunan bagi kereta Honda F1.
Honda City hatchback 2021 pasaran Indonesia juga hadir dengan ULTRA Seat. Di sana, ia menggunakan kemasan kombinasi baldu dan kulit dengan sistem infotainment 8-inci.
Baca: Ini tahap praktikaliti Honda ULTRA SEAT!
Tiada kelengkapan Honda Sensing yang ditawarkan. Hanya ciri-ciri keselamatan standard seperti 6 beg udara, pautan ISOFIX dan kawalan kestabilan VSA sahaja yang ditawarkan.
Harga Honda City hatchback pasaran Indonesia masih belum diumumkan.
Pelancaran di Malaysia?
Hampir pasti Honda Malaysia akan melancarkan Honda City hatchback di Malaysia dalam tahun 2021 ini. Model hatchback ini baru sahaja melakukan debut ASEAN di Thailand pada hujung November 2021.
Ia mengambil strategi yang sama dengan duo Toyota Vios - Toyota Yaris. Berkongsi komponen seberapa banyak yang mungkin untuk mengurangkan kos dan akhirnya, menawarkan harga yang lebih kompetitif berbanding pesaingnya.
Tetapi Honda tidak mengambil pendekatan nama berbeza dengan Honda City dan Honda City hatchback. Seperti mana Honda Civic dan Honda Civic hatchback (tidak dijual di Malaysia) ditawarkan. Mampukah Honda City hatchback bersaing dalam pasaran segmen B di Malaysia? Nyatakan pendapat anda di bahagian komen!
3