Tahukah anda, separuh dari jumlah jualan kenderaan di Thailand pada tahun 2020 adalah trak pikap? Jadi tidak hairanlah jika pasaran Mitsubishi Thailand mampu menampilkan sebuah trak pikap yang ranggi seperti Mitsubishi Trition Mega Cab Limited Edition ini.
Menggunakan model jenis Mega Cab sebagai kanvas, (Mega Cab adalah model yang sedikit panjang dari Single Cab tetapi tidak sebesar Double Cab / Crew Cab), artis terkenal Thailand iaitu Rakkit telah memberikan sentuhan beliau terhadap salah satu model yang dipertontonkan.
Model edisi terhad ini kelihatan sporty dengan gril depan hitam dan hiasan bawah bumper depan yang menonjolkan reka bentuk Advanced Dynamic Shield yang lebih menonjol. Tema ini turut dikenakan pada bahagian bumbung, cermin sisi dan pemegang pintu yang juga berwarna hitam.
Bahagian belakang pula bergaya dengan bumper belakang hitam, pemegang pintu belakang hitam, fender hitam menjadi bingkai bahagian muatan dan rim 16 inci aloi hitam. Kesemuanya adalah tawaran Mitsubishi sendiri bagi mereka yang mahukan gaya sporty moden untuk sebuah trak pikap baharu.
Pada bahagian dalam, model Mitsubishi Triton Limited Edition menggunakan skrin infotainment 7 inci dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto.
Trak pikap bergaya ini dipacu oleh enjin empat silinder 2.5 liter turbo-diesel 16-injap DOHC dengan intercooler yang menggunakan suntikan bahan api common-rail. Enjin ini digandingkan dengan transmisi manual 5 kelajuan yang mampu menjana sehingga 128 PS kuasa kuda dengan 240 Nm tork.
Ciri keselamatan pada trak pikap ini termasuklah beg udara SRS berkembar, ABS dengan EBD dan Brake Override System.
Selain daripada warna Solid White seperti yang dipertontonkan, ia juga ditawarkan dengan warna Sunflare Orangedan Jet Black Mica. Kesemua warna turut menerima bumbung hitam. Harga bagi Mitsubishi Triton Mega Cab Limited Edition adalah THB 647,000 (RM 86,208).
Setinggi-tinggi terima kasih kepada laman rangkaian kami iaitu Autofun.th yang berkongsi liputan Bangkok International Motor Show 2021. Ya, kami kini mengembangkan liputan ke Thailand!
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.
Anda telah menilai artikel ini sebagai
Apa pendapat anda tentang artikel ini?
Penilaian anda akan bantu kami perbaiki kualiti topik
17