Meskipun dibalut kemas dengan penyamaran, imej ini jelas menunjukkan siluet Honda City hatchback. Bahagian hadapannya kelihatan sama seperti Honda City sedan yang baru dilancarkan. Selain itu, rekaan belakangnya pula merangkumi tempat pengelap cermin belakang serupa dengan gambar paten yang tular baru-baru ini.
Honda City Hatchback dijangka bakal dijana enjin VTEC 1.0 liter Turbo yang sama seperti yang terdapat pada model sedan.
Toyota juga melaksanakan strategi yang sama untuk model Toyota Yaris. Yaris yang dijual di Eropah dan Jepun adalah berbeza dengan Yaris yang dijual di rantau ini, China dan Amerika Selatan.
Kami ada melaporkan tentang khabar angin yang mengatakan bahawa Malaysia berkemungkinan tidak ditawarkan dengan model Honda Jazz yang baharu. Namun begitu, Honda City hatchback bakal ditawarkan di rantau ini dengan pasaran yang sama seperti Brazil dan Juga Amerika Selatan.
Di tanah air kita pula, sedan Honda City terbaru masih lagi dinanti-nantikan. Pelancaran model ini dikhabarkan ditangguh hingga ke hujung tahun 2020 atau awal tahun 2021.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}