Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah memperkenalkan varian Executive baharu untuk Hyundai Elantra 2021. Varian ini akan menjadi varian yang lebih rendah pada harga RM 139,888 (OTR tanpa insurans dan SST).
Untuk rujukan, Hyundai Elantra 2021 baru sahaja dilancarkan pada 10 Disember 2020 dengan 1 varian sahaja ketika itu. Varian Premium tersebut adalah RM 19,000 lebih mahal berbanding varian Excutive yang baru diperkenalkan ini.
Perbezaan ketara dapat dilihat pada bahagian kabin dalaman. Sebagai permulaan, kerusi menggunakan kemasan fabrik, di mana varian Premium menggunakan kemasan kulit. Tempat duduk juga mempunyai pelarasan manual tanpa sebarang fungsi pemanasan atau pengudaraan. Kluster meter instrumen pula menggunakan jarum analog berbanding unit digital.
Selain itu, tiada fungsi pemanasan stereng (bukan sebuah ciri penting untuk rakyat Malaysia), tiada cermin pandang belakang yang redup secara automatik dan tiada pad pengecas tanpa wayar.
Bagi mereka yang mengambil berat tentang ciri keselamatan, ini berita yang kurang menyenangkan untuk anda. Hyundai Elantra 2021 varian Eksekutif tidak dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu Hyundai (SmartSense ADAS) yang menggugurkan beberapa fungsi berikut:
Namun, varian Eksekutif ini masih dilengkapi dengan ciri keselamatan yang merangkumi:
Kedua-duanya dilengkapi dengan lampu LED hadapan dan belakang, rim 17-inci, dan sistem infotainment skrin sesentuh 8-inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay / Android Auto.
Enjin 1.6 liter NA SmartStream yang menjana hingga 123 PS kuasa kuda dan 154 Nm tork masih dikongsi bersama. Enjin ini memacu roda hadapan dengan transmisi Intelligent Variable Transmission (IVT) automatik, iaitu CVT automatik dengan 8 nisbah gear yang dibangunkan oleh Hyundai.
Kehadiran Hyundai Elantra varian Executive ini menyaksikan harga yang lebih kompetitif dengan Mazda 3 sedan 1.5 SkyActiv, varian paling rendah untuk model Mazda 3. Model ini juga hadir dengan status CBU Korea.
Hyundai Elantra 2021 dilengkapi dengan jaminan 5 tahun / 300,000 km, bergantung yang mana datang terlebih dahulu. Ia kini boleh didapati di semua bilik pameran Hyundai di seluruh negara.
Bacaan Lanjut:
Hyundai Elantra vs Mazda 3 sedan - Hyundai kini lebih premium berbanding Mazda?
Hyundai Elantra 2021 serba baru dipratonton di Malaysia - SmartSense ADAS, CBU Korea
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}