Hyundai Elantra 2021 baru sahaja dilancarkan dengan harga bermula RM 1XX,888. Sedan segmen C ini dihasilkan secara CBU, meletakkan model ini lebih dekat dengan persaingan bersama Mazda 3.
Mengapa bukan Honda Civic atau Toyota Corolla Altis? Hyundai Elantra diposisikan sebagai sedan yang jauh lebih premium dan bukannya populariti berbanding 2 model Jepun popular tersebut.
Bandingkan harganya, Hyundai Elantra disasarkan sekitar RM 1xx, 888, sementara Mazda 3 Sedan 1.5 bermula pada RM 137,660.
Masih tertanya-tanya model mana yang lebih premium? Ini perseteruan Korea - Jepun dalam gelanggang automotif.
Rekaan luaran
Mazda 3 kelihatan lebih elegan daripada luar. Ia mempunyai lengkung badan yang lancar dan kekurangan sudut tajam jika dilihat dari bahagian sisi. Mazda 3 memenangi anugerah Rekaan Kereta Terbaik Dunia 2020 dalam siri WCA (World Car Awards).
Hyundai Elantra pula kelihatan lebih agresif dengan garisan badan yang lebih tajam. Ingat, tajam adalah agresif. Malah, rim 5 jejari dua tona ‘windmill’ juga melengkapi keseluruhan tema yang dibawa Hyundai Elantra.
Hyundai Elantra mungkin belum memenangi sebarang anugerah tetapi ia masih menepati citarasa tempatan. Mazda 3 mungkin direka dengan rekaan yang menepati citarasa global manakala Hyundai Elantra berjaya menangkap intipati zaman pengeluarannya.
Dari segi dimensi, Hyundai Elantra adalah lebih besar berbanding Mazda 3.
Dimensi | ||
---|---|---|
Hyundai Elantra 1.6 | Mazda 3 Sedan (1.5) | |
Panjang | 4,675 mm | 4,660 mm |
Lebar | 1,825 mm | 1,795 mm |
Tinggi | 1,430 mm | 1,440 mm |
Jarak Roda | 2,720 mm | 2,725 mm |
Saiz Tayar | 225/45 R17 | 205/60 R16 |
Berat | 1,270 kg | 1,361 kg |
Enjin dan trenkuasa
Kedua-duanya hadir dengan sesaran enjin yang hampir sama. Hyundai Elantra dengan 1.6 manakala Mazda 3 adalah 1.5. Walaubagaimanapun, aspek transmisi menjadi taruhan buat kedua-dua model ini.
Hyundai Elantra menggunakan transmisi CVT berteknologi tinggi yang digelar IVT 8 kelajuan. Mazda 3 pula menggunakan transmisi 6 kelajuan automatik jenis planetary gear. Masing-masing adalah unik dalam segmennya.
Output kuasa kedua-dua model ini adalah setara dengan sedikit peningkatan pada Hyundai Elantra kerana sesaran enjin yang lebih besar.
Perbandingan Enjin | ||
---|---|---|
Hyundai Elantra 1.6 | Mazda 3 Sedan (1.5) | |
Enjin | SmartStream G1.6 MPI | SkyActiv G 1.5 |
Jenis | NA | NA |
Sesaran | 1,598 cc | 1,496 cc |
Transmisi | CVT (8 virtual speed) | 6-speed auto |
Kuasa Kuda | 123 PS @ 6,300 rpm | 120 PS @ 6,000 rpm |
Tork | 154 Nm @ 4,500 rpm | 153 Nm @ 4,000 rpm |
Ciri keselamatan
Malangnya, Mazda 3 1.5 tidak mempunyai sistem ADAS. Ciri tersebut hanya dikhaskan untuk varian Mazda 3 2.0 High Plus sahaja. Berita baik, Hyundai Elantra baru dilengkapi dengan ADAS versi Hyundai iaitu Hyundai SmartSense.
Ciri Keselamatan | ||
---|---|---|
Hyundai Elantra 1.6 | Mazda 3 Sedan 1.5 | |
ABS & ESC | Ada | Ada |
AEB | Ada | Ada |
TCS | Ada | Ada |
Hill Assist | Ada | Ada |
ADAS | Ada | Tiada |
Perincian lain
Kedua-duanya menawarkan fungsi Android Auto dan Apple Carplay. Hyundai Elantra selangkah lebih premium dengan tawaran pengecas nirwayar pada bahagian ruang penyimpanan tengah.
Hyundai Elantra juga hadir dengan panel meter digital, manakala Mazda 3 hadir dengan panel meter separa digital.
Digital ataupun tidak, kedua-duanya mempunyai peminat masing-masing. Ikuti artikel kami mengenai butang kawalan digital yang semakin menjadi trend kereta masa kini.
Kesimpulan
Hyundai Elantra hadir dengan lebih perincian yang bagus di luar dan dalam. Ia merupakan model premium yang paling sesuai bersaing dengan Mazda 3 kerana kedua-dua model ini ‘susah’ untuk bersaing dengan Honda Civic dan Toyota Corolla Altis, 2 model yang dominan dalam segmen ini.
Kedua-duanya menawarkan kuasa yang hampir setara. Jadi apakah penentu bagi Hyundai Elantra dengan Mazda 3 ini? Adakah rekaannya? Harganya? Atau sokongan selepas jualan?
Hyundai Elantra adalah sebuah sedan yang sangat cantik jika kita bertuah dapat melihatnya di atas jalanraya. Harap-harap, ia mampu menarik lebih ramai peminat bagi model Korea ini.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2021 Hyundai Elantra Executive
Upgrade
Add your car