Apa sajalah yang tak boleh dibeli online zaman sekarang, hampir semua ada! Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) hari ini telah melancarkan Nissan Flagship Store di platform e-dagang terkenal di Malaysia, Lazada, bagi membolehkan pelanggan membeli kenderaan Nissan dengan mudah dan selamat secara atas-talian.
Bersempena pelancaran ini serta kempen 5.5 Sale Lazada, pelanggan kini boleh menempah Nissan Almera 1.0L Turbo serba baru, New Nissan Navara (pikap), Nissan X-Trail (SUV) ataupun Nissan Serena S-Hybrid (MPV) serendah RM 250! Lebih menarik, 55 pelanggan pertama akan menerima Nescafe Coffee Machine yang bernilai RM 598 secara percuma!
Nak Nissan Almera 1.0 Turbo serba baru? Ia kini didatangkan dengan pakej aksesori Urban yang bernilai sehingga RM 5,500, dan juga tawaran Flexi Financing serendah RM 540 sebulan.
Anda penjawat awam? Tawaran promosi penjawat awam istimewa menawarkan Almera 1.0 Turbo serba baru varian VL dengan harga permulaan dari RM 71,906 sahaja.
Bagaimana pula dengan trak pikap Nissan Navara 4x4 2.5L Turbo Double-Cab? Ia diberi rekaan baharu yang menarik dan didatangkan dengan pelbagai teknologi canggih termasuklah sistem keselamatan ADAS Nissan Intelligent Mobility. Ia juga ditawarkan dengan Flexi Financing offer dengan bayaran bulanan serendah RM 950.
Anda nak SUV atau MPV pula? Nissan X-Trail kini didatangkan dengan pakej aksesori IMPUL atau Aero Edition bernilai sehingga RM 5,600, manakala Nissan Serena S-Hybrid pula didatangkan dengan servis ‘maintenance’ percuma selama 3 tahun termasuk sekali dengan alat-ganti dan upah ‘labour’.
Menarik, bukan? Lawati Nissan Flagship Store di Lazada sekarang!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}