BMW Malaysia baru sahaja melancarkan BMW X7 xDrive40i (CKD) sebentar tadi. Bermula dari sekarang, SUV teratas dalam portfolio BMW ini akan dipasang di Kulim, Kedah. Dengan harga RM 673,323 tanpa cukai SST, model CKD ini hampir RM 188,000 lebih murah daripada model CBU sebelum ini.
Perbandingan harga BMW X7 | ||
---|---|---|
X7 xDrive40i (CBU) | RM 861,147 (50% diskaun untuk SST) | |
X7 xDrive40i (CKD) | RM 673,323 (tanpa SST) / RM 698,800 (SST) |
Juga baca: BMW X7 xDrive40i Pure Excellence 2021 (CKD) dipertonton – anggaran RM 708k, dengan ACC!
Tetapi perlu dimaklumkan bahawa setelah pengecualian cukai SST tamat pada 30 Jun ini, harganya dijangka naik ke RM 698,800.
Juga baca: Pengecualian cukai jualan SST untuk sektor automotif dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021
Pada bahagian luar, ia kekal sama seperti model CBU yang mana ia turut hadir dengan ciri:
Selain itu, SUV mewah dengan 7 tempat duduk ini masih kekal dengan ciri seperti:
Pada bahagian dalam pula, BMW X7 CKD mengekalkan ciri:
Malah, 3 pilihan warna kabin bergantung pada warna eksterior juga turut ditawarkan seperti sebelum ini.
Apa yang unik pada BMW X7 CKD ialah ciri kawalan pelayaran adaptif dan juga stereng untuk roda belakang.
Selain daripada itu, ciri seperti BMW Digital Key, pengecas telefon tanpa wayar, dan sistem bantuan keselamatan ADAS yang ada pada model CBU turut didatangkan.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}