Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Outlander - tahan lasak, pandu sedap tapi kuda tua?

Pertama kali diperkenalkan di Malaysia sebagai model import (CBU) pada tahun 2016, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah melancarkan Mitsubishi Outlander yang dipasang secara tempatan (CKD) pada tahun 2017.

MMM kini menawarkan 2 varian Mitsubishi Outlander, dengan harga dari RM 133,491 untuk varian 2.0L hingga RM 147,762 untuk varian 2.4L spesifikasi teratas.

Dalam lautan SUV segmen C yang sangat berkemampuan dan sengit, adakah Mitsubishi Outlander patut dipertimbangkan oleh pesaing dengan harga yang sama, seperti Honda CR-V atau Mazda CX-5?

Secara peribadi, penulis mempunyai seorang ahli keluarga yang menggunakan Mitsubishi Outlander. Pendapat beliau, beliau tahu mengenai keupayaan Outlander dan pada masa yang sama tidak mahu kelihatan terlalu menonjol kerana mempunyai sebuah lagi kenderaan Jerman untuk kegunaan sehari-harian.

Jadi apakah keupayaan dan kekurangan Mitsubishi Outlander ni menurut pendapat kami?

Kebaikan

  • Sistem 4WD pintar
  • Kendalian dan pemanduan
  • Ruang kabin paling besar 

Kekurangan

  • Tiada corong penyaman udara belakang
  • Tiada suite ADAS 
  • Pilihan terhad

Kebaikan – Sistem 4WD pintar dengan pilihan

Tidak seperti pesaing utama iaitu Honda CR-V dan Mazda CX-5, hanya Mitsubishi Outlander menawarkan sistem pacuan empat roda 4WD untuk kesemua varian. Sistem 4WD yang dibangunkan secara dalaman ini sememangnya sinonim dengan Mitsubishi.

Sistem 4WD pada Mitsubishi Outlander ini bukan sekadar sistem 4WD biasa; ia jauh lebih pintar kerana ia menawarkan pilihan antara tiga mod: 4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock.

Tidak seperti sistem AWD pada Subaru yang sentiasa aktif, sistem 4WD pada Mitsubishi Outlander dapat memutuskan hubungan kepada gandar belakang dalam keadaan pemanduan biasa untuk meningkatkan penggunaan bahan api, sambil mengekalkan waktu respons yang lebih cepat berbanding sistem 4WD sepenuh masa.

Sistem ini akan menghantar tenaga ke roda depan dan belakang, memberikan jaminan cengkaman yang baik sepanjang masa terutamanya ketika cuaca tidak menentu, lagi-lagi dalam keadaan licin.

Kelebihan - Kendalian dan pemanduan

Kepakaran Mitsubishi dalam penyesuaian suspensi memang tak dapat disangkal lagi dan ini terbukti pada Mitsubishi Outlander. Walaupun menggunakan roda 18-inci dengan tayar siri 55, keselesaan perjalanan sebenarnya agak mengagumkan.

Outlander mampu menyerap struktur jalan yang tidak sempurna tetapi pada masa yang sama tidak mengabaikan penumpang. Selalunya keselesaan pengendalian terpaksa berkompromi dengan keselesaan tempat duduk belakang tetapi ini tidak berlaku pada Mitsubishi Outlander.

Ia boleh menerima apa sahaja yang sudut jalan yang anda lalui dengan yakin kerana Outlander mampu menahan oleng badan (body roll) walaupun saiznya yang besar. Pada hemat kami ia lebih baik berbanding Mazda CX-5 dan setara dengan kualiti pemanduan dan keselesaan pada Honda CR-V facelift 2020.

Kelebihan - Ruang kabin paling besar dalam kelasnya

Apa yang mungkin kurang disedari oleh kebanyakan orang adalah kenyataan bahawa Mitsubishi Outlander mampu menempatkan 7 penumpang. Walaupun Nissan X-Trail juga boleh memuatkan 7 penumpang tetapi kerusi baris ketiga pada X-Trail terlalu sempit, sesuatu yang tidak berlaku pada Mitsubishi Outlander.

Tidak seperti SUV 7 tempat duduk saingan lain, orang dewasa dengan ketinggian sederhana sebenarnya boleh merasa selesa di tempat duduk di barisan ketiga Mitsubishi Outlander ini tawaran ruang kaki yang mencukupi.

Fikirkan begini, anda boleh mendapatkan 2 tempat duduk percuma pada harga SUV 5 tempat duduk. Guna bila perlu, lipat bila tak perlu. Rasa berbaloi tak?

Harga
Model Harga (RM)
Mitsubishi Outlander 133,491 to 147,762
Honda CR-V 139,912 to 162,910
Mazda CX-5 132,403 to 174,852

Kekurangan - Sistem penyaman udara kurang memuaskan

Keluasan dan keselesaan Mitsubishi Outlander mungkin kelebihan yang perlu dikompromi dengan satu ciri penting iaitu - tiada corong penyaman udara belakang. Bagi sesetengah orang, apatah lagi yang berkeluarga, ini satu ciri utama dalam pertimbangan.

Mitsubishi Motors Malaysia tetap menawarkan corong udara yang dipasang pada bahagian bumbung bagi mereka yang benar-benar mahukan penumpang di bahagian belakang berada dalam keadaan yang nyaman.

Apa yang memburukkan lagi keadaan adalah rekaan penyaman udara Outlander bahagian tengah dan tepi pemandu bersudut ke arah pemandu. Sebagai pengulas yang pernah memandu SUV ini, perincian ini membuatkan persepsi kawalan suhu sedikit terpesong kerana pemandu terasa sangat sejuk tetapi penumpang belakang terasa kurang sejuk.

Walaupun posisi corong diubah ke sisi yang ekstrim, perubahan ini sedikit sebanyak tidak memberikan perbezaan ketara dan pastinya sesiapa yang memandu Mitsubishi Outlander akan merasa nyaman atau gigil.

Cons – Lacks ADAS suite

Memandangkan julat harganya yang menyaingi SUV segmen C lain, agak ketinggalan apabila Mitsubishi Outlander pasaran Malaysia tidak mempunyai suite ADAS dari Mitsubishi.

Untuk sebuah SUV segmen C yang ketiadaan ciri ADAS, memang terasa sungguh kekurangannya. Dalam pengalaman pemanduan kami, kenderaan yang lebih besar sangat disyorkan untuk dilengkapi ADAS. Hal ini kerana feel pemanduan yang berbeza memerlukan bantuan deria.

Ciri keselamatan standard masih ada dengan 7 beg udara, kawalan kestabilan dan kawalan cengkaman untuk kesemua varian.

Kekurangan - Pilihan terhad

Three colours, nothing more, nothing less

Mitsubishi Outlander spesifikasi Malaysia hanya terdapat dalam tiga warna sahaja iaitu: Red Metallic, Solar White, dan Ruby Black. Selain itu, hanya 2 varian sahaja yang ditawarkan. Pilihan terasa kecil namun difahami kerana kekurangan permintaan di Malaysia.

Persoalan yang utama adalah adakah permintaan perlu tinggi sebelum menawarkan variasi produk atau variasi produk perlu ditambah dahulu untuk meningkatkan permintaan? Sayang sekali kerana kajian pasaran telah menyempitkan pilihan rakyat Malaysia.

Konklusi

Mitsubishi Outlander adalah salah satu SUV underrated yang terdapat dalam pasaran hari ini.

SUV ini mungkin kurang pada bahagian keselamatan dan penyaman udara, ia menutup kekurangan tersebut tahap keselesaan yang unggul dan ruang dalaman yang luas.

Rangkaian perkhidmatan Mitsubishi Motors Malaysia juga harus dipuji kerana ia berada di tempat pertama dari segi kepuasan perkhidmatan selepas jualan, di hadapan Toyota dan Mazda.

Ikuti ulasan:

Mitsubishi Outlander PHEV 2022 lalui ujian lasak, model Ralliart bakal kembali!

Mitsubishi Outlander 2022 diacah, debut global 16 Febuari nanti!

Rebiu: Mitsubishi Outlander 2.0 4WD. Ini apa yang boleh dijangkakan untuk Mitsubishi Xpander?

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Mitsubishi Outlander

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Mitsubishi Outlander
Cek Lebih